2005

LAPORAN
PID KUPANG
2005

LAPORAN PENGGUNAAN &
PENGGUNA

LAPORAN PENGGUNAAN DAN PENGGUNA
PD KUPANG 2005

PENGGUNAAN
7455
PENGGUNA
2991
PENGGUNA DILATIH
1380
PENGGUNA BARU
851








AKTIVITI 2005

AKTIVITI-AKTIVITI 2005

1.    MENGEMASKINI DATA LAMAN WEB PID KUPANG

Tarikh aktiviti dijalankan      :           Januari 2005
Tempat                                   :           Pusat Internet Desa Kupang

Peserta/ Kumpulan Sasaran           
  • Semua golongan/kumpulan sasaran (belia, pelajar, wanita, wargaemas, pendidik dan usahawan)
Tujuan / Objektif
·         Mengemaskini dan memberi info mengenai maklumat-maklumat terkini yang berlaku sekitar kawasan Kupang di dalam laman web.
·         Mengemaskini laman web supaya menjadi lebih menarik.
Aktiviti yang dijalankan
  • Menambah tiga icon dan “content” iaitu ruangan keselamatan, sejarah desa dan kelab.
  • Mencari maklumat-maklumat terkini mengenai apa yang berlaku di kawasan ini daripada orang ramai, agensi kerajaan dan swasta.
  • Semua data juga perlu dikemaskinikan kerana pencarian maklumat sesuatu data sentiasa berubah seiring dengan perubahan masa.
  • “Content” yang lain yang dimasukkan dalam laman web baru adalah termasuklah belia, wanita ,usahawan , kesihatan, pertanian  dan perlancongan.


2.    KURSUS PENGENALAN  ICT DAN KOMPUTER KEPADA BELIA

Tarikh aktiviti dijalankan      :           25 April 2006
Tempat                                   :           Pusat Internet Desa Kupang

Peserta/ Kumpulan Sasaran
  • Aktiviti terbuka kepada golongan belia (lepasan sekolah).
  • Peserta terdiri daripada golongan belia seramai 10 orang.

Tujuan / Objektif
  • Memberi pendedahan kepada golongan belia mengenai ICT dan komputer .
  • Memupuk minat golongan belia untuk mempelajari dengan lebih mendalam mengenai komputer dan teknologi maklumat.
Aktiviti yang dijalankan
  • Peserta diterangkan dan diberi pendedahan mengenai kepentingan komputer dan teknologi maklumat.
  • Peserta diajar mengenai internet.
  • Peserta dibahagikan kepada dua kumpulan dan menjalankan aktiviti dalam kumpulan.


3.    PENDEDAHAN PEMBELAJARAN MICROSOFT OFFICE BASIC

Tarikh aktiviti dijalankan      :           Jun 2005
Tempat                                   :           Pusat Internet Desa Kupang

Peserta/ Kumpulan Sasaran           
  • Semua golongan/kumpulan sasaran (belia, pelajar, wanita, wargaemas, pendidik dan usahawan)
Tujuan / Objektif
  • Memberi pendedahan kepada kepada ahli PID Kupang mengenai Misrosoft Office.
  • Memupuk minat semua golongan untuk mempelajari komputer.
Aktiviti yang dijalankan
  • Peserta diberi pendedahan mengenai program Ms Office iaitu Ms Word, Excel dan Power Point.
  • Peserta dibahagikan mengikut kategori iaitu belia, wargaemas, pendidik, usahawan dan wanita dan setiap kumpulan akan menghadiri kelas yang dianjurkan dua kali seminggu.




4.    PROSES PENGUMPULAN DAN PENYEDIAAN KAD AHLI PID KUPANG

Tarikh aktiviti dijalankan      :           Ogos 2005
Tempat                                   :           Pusat Internet Desa Kupang

Peserta/ Kumpulan Sasaran
Semua pengguna PID Kupang yang berdaftar
Tujuan / Objektif
  • Untuk memudahkan proses keluar/masuk dan penggunaan komputer di Pusat Internet Desa Kupang.
Aktiviti yang dijalankan
  • Membuat pengkelasan antara nombor siri dan maklumat-maklumat peribadi pengguna PID Kupang.
  • Menyediakan kad ahli kepada pengguna yang berdaftar.


5. PENGEMASKINIAN MODUL DAN SOALAN-SOALAN MS OFFICE

Tarikh aktiviti dijalankan      :           September 2005
Tempat                                   :           Pusat Internet Desa Kupang

Tujuan / Objektif
  • Untuk menarik lebih ramai pengguna untuk menghadiri kelas komputer di PID.
  • Memudahkan sistem pembelajaran dan pengajaran komputer.
Akiviti yang dijalankan
  • Mencari maklumat-maklumat di dalam internet dan perpustakaan.
  • Mengarang dan menjadikan bahan-bahan tersebut dalam bentuk buku.
  • Mengumpul segala modul-modul lama dan baru menjadi satu modul khas.







5. AKTIVITI KEMASYARAKATAN

PID Kupang juga turut terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan di mana PID bertindak menguruskan hal-hal promosi kepada masyarakat.. Antara aktiviti-aktiviti tersebut ialah:
    (i)        JPJ ( Jabatan Pengangkutan Jalan )
  • Dijalankan di atas kerjasama Adun Kupang dan JPJ untuk membantu semua golongan khususnya golongan warga emas 50 tahun keatas yang tidak mempunyai lesen.
  • Seramai 500 orang lebih menghadiri program tersebut.
  (ii)        Karnival Silat Dan Tomoi
  • Ia berlangsung di Padang Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Pegang, Baling, Kedah.
  • Seramai 50 lebih Pertubuhan dan Kelab telah menjayakan Karnival tersebut.
 (iii)        Majlis Berkhatan

  • Ia dijalankan di Masjid Ehsaniah Kupang dengan kerjasama Ahli jawatankuasa Majlis Ehsaniah Kupang , Kedah.
  • Seramai 45 orang kanak – kanak telah mengambil bahagian.

No comments:

Post a Comment