2009

LAPORAN 2009
PUSAT INTERNET DESA KUPANG


DISEDIAKAN OLEH:

EN MOHD FAIZAN BIN MAHMOOD
EN SHAHIRAN BIN MOHAMAD ALI

PUSAT INTERNET DESA KUPANG
KEMENTERIAN PENERANGAN , KOMUNIKASI & KEBUDAYAAN MALAYSIA


ISI KANDUNGAN


LATARBELAKANG                                                           

PERHIDMATAN YANG DITAWARKAN PID                           

AKTIVITI 2009                                                                    

JUMLAH KEAHLIAN                                                                  

JUMLAH KEAHLIAN KELAB USAHAWAN SOSIAL  

JUMLAH PENGGUNAAN E-PERKHIDMATAN            

PERANCANGAN AKTIVITI 2010                                              



LATAR BELAKANG PID KUPANG
Pusat Internet Desa Kupang ditubuhkan pada Oktober 2003 dan dibina bersebelahan Pejabat Pos Kupang. PID Kupang terletak di Pekan Kupang iaitu dalam Daerah Baling Kedah. PID Kupang ditubuhkan bertujuan untuk merapatkan jurang digital antara masyarakat luar bandar dengan masyarakat bandar. PID juga bertanggungjawab memperkenalkan ICT kepada orang ramai dan merapatkan jurang digital antara yang kaya ilmu pengetahuan dan yang kurang ilmu pengetahuan tentang ICT dan dunia siber masa kini.
PID Kupang diuruskan oleh Penyelia dan Penolong Penyelia. Sebuah Jawatankuasa Penyelaras PID yang mewakili setiap golongan komuniti juga ditubuhkan bagi tujuan mempromosi PID dan akan bekerjasama dengan PID dalam menjalankan aktiviti berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk dimanfaatkan oleh komuniti setempat
Alamat                        :           Pusat Internet Desa Kupang, JKR 1474, Jalan Raya, 09200,
                                    Kupang, Kedah.
Telefon /Fax    :           04-4761688
Email               :           pidkupang@yahoo.com
Web                 :           http://kupang.pid.net.my
Pengurus         : Mohd Faizan Bin Mahmood ( 16 Januari 2009 hingga sekarang )  
Pen. Pengurus             : Shahiran Bin Mohamad Ali  (20 Disember 2004 hingga sekarang)                         







OBJEKTIF PID KUPANG

  • Merapatkan jurang digital di antara masyarakat bandar dan luar bandar di mana PID Kupang mensasarkan penduduk Kupang dan sekitarnya tanpa mengira peringkat umur, bangsa dan jantina celik komputer dan teknologi maklumat.
  • Menjadikan PID Kupang bukan sahaja sebagai pusat pembelajaran komputer dan teknologi maklumat yang utama malah sebagai tempat rujukan untuk mendapatkan sebarang khidmat nasihat berkaitan komputer dan teknologi maklumat.
  • Memberi pendedahan dan meningkatkan kesedaran komuniti setempat terhadap perkembangan ICT.
  • Menyebar dan berkongsi ilmu serta memberikan info-info terkini mengenai komputer dan teknologi maklumat dan isu-isu semasa kepada pengguna dan komuniti setempat.
  • PID menjadi medium perantara antara komuniti setempat dengan organisasi-organisasi lain seperti masjid, sekolah dan jabatan-jabatan kerajaan.
  • PID Kupang melalui Kelab Usahawan PID Kupang:
Ø  Meluaskan jangkauan perkhidmatan PID kepada masyarakat setempat seterusnya memperkasakan masyarakat untuk melakukan aktiviti yang memberi impak positif kepada sosial, ekonomi dan alam sekitar mereka;
Ø  Untuk membantu masyarakat memahami konsep keusahawanan sosial;
Ø  Sebagai platform untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan
             berkaitan keusahawanan sosial;
Ø  Untuk melahirkan usahawan-usahawan baru termasuk usahawan sosial.


KURSUS KOMPUTER YANG DITAWARKAN


n  Pengenalan Komputer Dan Teknologi Maklumat
n  Ms Word
n  Ms Excel
n  Ms Power Point
n  Internet Dan Aplikasi
n  Ms Access
n  Ms Publisher
n  Ms Front Page
n  Macromedia Flash 4
n  Macromedia Swish Max
n  Blog
n  Windows Movie Maker


KEMUDAHAN/ KELENGKAPAN PID KUPANG
·         Tujuh buah komputer.
·         2 buah laptop.
·         Sebuah pengimbas (scanner).
·         Empat buah pencetak – 2 unit HP laserjet 1300, 1 unit HP 3550 dan 1 unit Canon IP 1880.
·         Sebuah kamera digital.
·         Empat buah blackout buster.
·         Sebuah peti ais.
·         Sebuah mesin laminate.
·         Kemudahan fizikal yang lain seperti kerusi, meja dan almari.
·         Projektor
·         Sebuah mesin faks


WAKTU OPERASI
·         PID Kupang  dibuka dari  pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang dari hari ahad hingga khamis.
·         PID Kupang bercuti pada hari jumaat dan sabtu serta cuti umum.


PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN OLEH PID KUPANG
1) Kursus Komputer dan Teknologi Maklumat
Kursus komputer adalah secara percuma dan terbuka kepada semua pengguna yang berumur 12 tahun ke atas. Peserta akan mengikuti kelas mengikut sesi pembelajaran yang ditetapkan oleh PID mengikut kelapangan dan kesesuaian masa para peserta. Peserta akan diberikan latihan mengikut modul yang telah disediakan dan akan diberikan sijil setelah lulus ujian. Kursus komputer yang diajar ialah:

·         Pengenalan Komputer dan Teknologi Maklumat
·         Ms Word
·         Ms Excel
·         Ms Power Point
·         Internet
·         Ms Access
·         Ms Publisher
·         Ms Front Page
·         Macromedia Flash 4
·         Macromedia Swish Max
·         DHTML Script

Pengenalan Komputer dan Teknologi Maklumat, Ms Word, Ms Excel dan Ms Power Point merupakan program asas yang diajar kepada para peserta. Program-program lain merupakan program tambahan dan lanjutan yang ditawarkan oleh PID Kupang kepada pengguna yang berminat.
2) Melayari Internet dan Menggunakan Kemudahan Komputer
Pengguna boleh melayari internet dan menggunakan kemudahan komputer secara percuma dengan syarat pengguna hanya perlu mendaftar sebagai ahli PID. Setiap pengguna perlu menunjukkan kad ahli setiap kali menggunakan kemudahan ini.
3) Khidmat Nasihat Mengenai Komputer dan Teknologi Maklumat
Pengguna boleh mendapatkan khidmat nasihat mengenai komputer dan teknologi maklumat secara percuma daripada penyelia atau penolong contohnya mengenai e-aplikasi, perisian komputer, perkakasan komputer dan lain-lain.

4) Lain-lain Perkhidmatan Yang Disediakan:
·         Perkidmatan mencetak dokumen dan foto.
·         Perkhidmatan mengimbas (scan) dan burn CD.
·         Perkhidmatan menaip dokumen.
·         Perkhidmatan rekabentuk (design) kad kahwin, pamplet, kad nama, kad perniagaan dan lain-lain.
·         Perkhidmatan “laminate”.
·         Membina dan merekabentuk laman web.
·         Jualan komputer, laktop dan aksesori komputer.
·         Jualan barang-barang IKS/produk tempatan.
·         Promosi barang-barang IKS/produk tempatan
** Lain-lain perkidmatan akan dikenakan harga yang berpatutan mengikut jenis perkhidmatan. Semua caj yang dikenakan akan disalurkan ke dalam akaun/tabung PID untuk tujuan kegunaan PID.






















PERANCANGAN 2010
1. BENGKEL KESEDARAN ICT

Program Kesedaran ICT akan dijalankan setiap dua bulan sekali dari bulan Januari 2009-Disember 2009. PID Kupang akan mengadakan program/ kursus yang telah dipilih oleh PID untuk disertai oleh pengguna-pengguna dan akan menjalankan aktiviti-aktiviti tersebut mengikut kumpulan sasaran (pelajar, belia, dewasa, pendidik, usahawan dan warga emas). Program ini dilaksanakan bertujuan untuk menarik minat dan keinginan golongan sasaran untuk mempelajari komputer dan teknologi maklumat, membolehkan pengguna mempelajari secara asas program-program komputer dalam masa yang singkat dan sebagai satu cara memberi pendedahan dan penyebaran maklumat terkini mengenai komputer dan teknologi maklumat kepada masyarakat.

Tarikh dirancang: Januari, Mac, Mei, Julai, September, November 2010
Untuk pengetahuan semua : 16/1/2010 bengkel ICT telah bermula , operasi mengikut minggu kedua , ketiga dan keempat.
Kumpulan Sasaran: Semua kumpulan Sasaran (Pelajar, Belia, Dewasa, Warga Emas, Pendidik, Usahawan.


2. GOTONG ROYONG PID BERSAMA KOMUNITI

            Aktiviti anjuran bersama PID Kupang dan Pejabat Pos Kupang diadakan bertujuan untuk menjaga kebersihan, menambahkan keceriaan serta kecantikan kawasan PID dan kawasan Pejabat Pos Kupang di samping untuk mengeratkan hubungan mesra di antara PID Kupang dan kakitangan Pejabat Pos Kupang dengan komuniti setempat.
Tarikh dirancang: April 2010
Kumpulan Sasaran: Semua kumpulan Sasaran (Pelajar, Belia, Dewasa, Warga Emas, Pendidik, Usahawan.




3. MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL KURSUS KOMPUTER

            Majlis Penyampaian Sijil Kursus Komputer kepada pelatih-pelatih Pusat Internet Desa Kupang diadakan sebagai acara tahunan di mana penganugerahan sijil akan diberikan kepada pelajar-pelajar yang telah menamatkan kursus komputer dan telah lulus Ujian Persijilan yang telah diadakan oleh PID Kupang. Penganugerahan sijil juga turut diberikan kepada mereka yang telah melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti dan bengkel-begkel yang dianjurkan oleh PID Kupang sepanjang tahun.

Tarikh dirancang: Jun dan Disember 2010
Kumpulan Sasaran: Semua kumpulan Sasaran (Pelajar, Belia, Dewasa, Warga Emas, Pendidik, Usahawan.


4. HARI BERSAMA KOMUNITI

Hari Bersama Komuniti diadakan bertujuan untuk memberi peluang kepada masyarakat untuk mendapatkan khidmat nasihat berkaitan komputer/ teknologi maklumat. Aktiviti ini dijalankan secara terbuka kepada semua pengguna yang berminat untuk menggunakan kemudahan di PID.
Tarikh dirancang: Sabtu minggu kedua Mac, Jun, September dan Disember 2010
Kumpulan Sasaran: Semua kumpulan Sasaran (Pelajar, Belia, Dewasa, Warga Emas, Pendidik, Usahawan.


5. PROGRAM KEUSAHAWANAN

            Bengkel ini terbuka kepada usahawan atau mereka yang beminat untuk menceburi bidang keusahawanan. Pengisian adalah mengenai penyediaan kertas kerja, penyediaan akaun dan hal-hal yang berkaitan keusahawanan.Program Keusahawan ini untuk memastikan para usahawan dapat diberikan pendedahan tentang adanya KUS-PID Kupang dan kelebihannya.Salah satu kebaikan apabila para usahawan ingin memasarkan sesuatu produk atau keluaran .
·         Lawatan Muhibah
·         Jejak Usahawan
·         Pembinaan DST ( Digital Story Telling ) untuk para usahawan
·         Untuk bakal jadi usahawan
Tarikh dirancang: April, Jun , September 2010
Kumpulan Sasaran: Usahawan.


6. PROGRAM SAMBUTAN KEMERDEKAAN

            Program ini diadakan sempena sambutan kemerdekaan Malaysia. Antara aktiviti yang dirancang ialah pertandingan mewarna kanak-kanak, ciptaan sajak, menulis esei, kuiz dan lain-lain. Aktiviti-aktiviti ini diadakan sebagai tanda penghargaan dan terima kasih PID Kupang terhadap negara dan sebagai satu cara penghargaan dan mengajak masyarakat setempat untuk sama-sama menyambut kemerdekaan.
Tarikh dirancang: Ogos 2010
Kumpulan Sasaran: Pelajar dan Belia

7. HARI TERBUKA PID

            Hari Terbuka PID merupakan satu acara tahunan yang diadakan bertujuan memberi peluang kepada pengguna PID dan masyarakat setempat melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti PID, mempromosikan PID dan sebagai platform untuk usahawan-usahawan memperkenalkan dan mempromosikan produk mereka. Antara aktiviti-aktiviti yang dirancang ialah pameran produk IKS, pameran agensi-agensi kerajaan, sukaneka, kuiz, cabutan bertuah dan lain-lain.

Tarikh dirancang: Mei 2010
Kumpulan Sasaran: Semua kumpulan Sasaran (Pelajar, Belia, Dewasa, Warga Emas, Pendidik, Usahawan.

Aktiviti 2009

BIL
AKTIVITI
TARIKH DIRANCANG
1
 BENGKEL KESEDARAN ICT

Januari, Mac, Mei, Julai, September, November 2009


2
GOTONG ROYONG PID BERSAMA PEJABAT POS KUPANG
Februari 2009

3
MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL KURSUS KOMPUTER
Jun dan Disember 2009
4
HARI BERSAMA KOMUNITI
Sabtu minggu kedua Mac, Jun, September dan Disember


5
BENGKEL KEUSAHAWANAN

Februari, April, Jun 2009

6
PROGRAM SAMBUTAN KEMERDEKAAN


Ogos 2009

7
HARI TERBUKA PID
Mei 2009


















No comments:

Post a Comment