2007

LAPORAN
PID KUPANG

2007
LATAR BELAKANG PID KUPANG
Pusat Internet Desa Kupang ditubuhkan pada Oktober 2003 dan dibina bersebelahan Pejabat Pos Kupang. PID Kupang terletak di Pekan Kupang iaitu dalam Daerah Baling Kedah. PID Kupang ditubuhkan bertujuan untuk merapatkan jurang digital antara masyarakat luar bandar dengan masyarakat bandar. PID juga bertanggungjawab memperkenalkan ICT kepada orang ramai dan merapatkan jurang digital antara yang kaya ilmu pengetahuan dan yang kurang ilmu pengetahuan tentang ICT dan dunia siber masa kini.
PID Kupang diuruskan oleh Penyelia dan Penolong Penyelia. Sebuah Jawatankuasa Penyelaras PID yang mewakili setiap golongan komuniti juga ditubuhkan bagi tujuan mempromosi PID dan akan bekerjasama dengan PID dalam menjalankan aktiviti berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk dimanfaatkan oleh komuniti setempat.
Alamat             :           Pusat Internet Desa Kupang, JKR 1474, Jalan Raya, 09200
                                    Kupang, Kedah.
Telefon (P)      :           04-4761688
Email               :           pidkupang@yahoo.com
Web                 :           http://kupang.idesa.net.my
Penyelia          :           Noor Aidawati Binti Mat Hassan (16 Julai 2006 hingga sekarang)
Penolong Penyelia :    Shahiran Bin Mohamad Ali  (20 Disember 2004 hingga sekarang)                          









OBJEKTIF PID KUPANG

  • Merapatkan jurang digital di antara masyarakat bandar dan luar bandar di mana PID Kupang mensasarkan penduduk Kupang dan sekitarnya tanpa mengira peringkat umur, bangsa dan jantina celik komputer dan teknologi maklumat.
  • Menjadikan PID Kupang bukan sahaja sebagai pusat pembelajaran komputer dan teknologi maklumat yang utama malah sebagai tempat rujukan untuk mendapatkan sebarang khidmat nasihat berkaitan komputer dan teknologi maklumat.
  • Memberi pendedahan dan meningkatkan kesedaran komuniti setempat terhadap perkembangan ICT.
  • Menyebar dan berkongsi ilmu serta memberikan info-info terkini mengenai komputer dan teknologi maklumat dan isu-isu semasa kepada pengguna dan komuniti setempat.
  • PID menjadi medium perantara antara komuniti setempat dengan organisasi-organisasi lain seperti masjid, sekolah dan jabatan-jabatan kerajaan.
  • Sentiasa memberi tunjukajar, khidmat nasihat dan perkhidmatan yang terbaik kepada pengguna.









CARTA ORGANISASI PID







** Pengerusi PID TN Hj Mohd Shah Bin Budin telah meletak jawatan kerana masalah kesihatan. Pemilihan pengerusi yang baru akan diadakan pada tahun ini pada satu tarikh yang akan ditetapkan oleh pihak jawatankuasa.

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN OLEH PID KUPANG
1) Kursus Komputer dan Teknologi Maklumat
Kursus komputer adalah terbuka kepada semua pengguna yang berumur 12 tahun ke atas. Peserta akan mengikuti kelas mengikut sesi pembelajaran yang ditetapkan oleh PID mengikut kelapangan dan kesesuaian masa para peserta. Peserta akan diberikan latihan mengikut modul yang telah disediakan dan akan diberikan sijil setelah lulus ujian. Kursus komputer yang diajar ialah:

·         Pengenalan Komputer dan Teknologi Maklumat
·         Ms Word
·         Ms Excel
·         Ms Power Point
·         Internet
·         Ms Access
·         Ms Publisher
·         Ms Front Page
·         Macromedia Flash 4
·         Macromedia Swish Max
·         DHTML Script

Pengenalan Komputer dan Teknologi Maklumat, Ms Word, Ms Excel dan Ms Power Point merupakan program asas yang diajar kepada para peserta. Program-program lain merupakan program tambahan dan lanjutan yang ditawarkan oleh PID Kupang kepada pengguna yang berminat.
2) Melayari Internet dan Menggunakan Kemudahan Komputer
Pengguna boleh melayari internet dan menggunakan kemudahan komputer secara percuma dengan syarat pengguna hanya perlu mendaftar sebagai ahli PID. Setiap pengguna perlu menunjukkan kad ahli setiap kali menggunakan kemudahan ini.
3) Khidmat Nasihat Mengenai Komputer dan Teknologi Maklumat
Pengguna boleh mendapatkan khidmat nasihat mengenai komputer dan teknologi maklumat secara percuma daripada penyelia atau penolong contohnya mengenai e-aplikasi, perisian komputer, perkakasan komputer dan lain-lain.

4) Lain-lain Perkhidmatan Yang Disediakan:
·         Perkidmatan mencetak dokumen dan foto.
·         Perkhidmatan mengimbas (scan) dan burn CD.
·         Perkhidmatan menaip dokumen.
·         Perkhidmatan rekabentuk (design) kad kahwin, pamplet, kad nama, kad perniagaan dan lain-lain.
·         Perkhidmatan “laminate”.
·         Membina dan merekabentuk laman web.
·         Jualan komputer, laktop dan aksesori komputer.
·         Membaiki komputer
** Lain-lain perkidmatan akan dikenakan harga yang berpatutan mengikut jenis perkhidmatan. Semua caj yang dikenakan akan disalurkan ke dalam akaun/tabung PID untuk tujuan kegunaan PID.














KEMUDAHAN/ KELENGKAPAN PID KUPANG
·         Tujuh buah komputer.
·         Sebuah pengimbas (scanner).
·         Empat buah pencetak – 2 unit HP laserjet 1300, 1 unit HP 3550 dan 1 unit Canon IP 1880.
·         Sebuah kamera digital.
·         Empat buah blackout buster.
·         Sebuah peti ais mini.
·         Sebuah mesin laminate.
·         Kemudahan fizikal yang lain seperti kerusi, meja dan almari.

WAKTU OPERASI
·         PID Kupang  dibuka dari  pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang dari hari ahad hingga khamis.
·         PID Kupang bercuti pada hari jumaat dan sabtu serta cuti umum.
·         PID Kupang akan dibuka pada hari Sabtu sekiranya terdapat permintaan daripada pihak pengguna atau adanya kelas khas untuk mereka yang tidak dapat menghadiri kelas pada hari biasa.

KAEDAH OPERASI
·         Setiap pengguna PID samaada pengguna biasa atau pengguna dilatih perlu mendaftar sebagai ahli PID Kupang. Pengguna akan dikenakan yuran pendaftaran sebanyak RM5 setahun dan diberikan kad ahli pengguna.
·         Setiap pengguna yang ingin menggunakan komputer di PID Kupang perlu menunjukkan kad ahli kepada penyelia atau penolong dan mengisi rekod kedatangan pengguna bagi tujuan Sistem Rekod PID Kupang.
·         Masa penggunaan komputer untuk setiap pengguna dihadkan maksimum hanya satu jam penggunaan. Ini kerana masalah kekurangan komputer dan ingin memberi peluang kepada pengguna lain supaya dapat menggunakan komputer. Namun jika terdapat kekosongan komputer, pengguna dibenarkan menggunakan komputer melebihi 1 jam dengan mendapat kebenaran daripada penyelia dan penolong terlebih dahulu.
·         Bagi pengguna dilatih masa latihan adalah 2 jam seminggu. Pelajar boleh memilih jadual yang ditetapkan mengikut masa kelapangan masing-masing. Pelatih dibenar menambah masa latihan dalam seminggu tertakluk kepada kekosongan tempat. Masa kelas latihan PID Kupang:
8.00 pagi hingga 9.00 pagi
11.00 pagi hingga 12.00 tengahari
9.00 pagi hingga 10.00 pagi
2.00 petang hingga 3.00 petang
10.00 pagi hingga 11.00 pagi
3.00 petang hingga 4.00 petang
            4.00 petang hingga 5.00 petang


  • Promosi akan diadakan sepanjang tahun dari semasa ke semasa bertujuan untuk meningkatkan bilangan pengguna baru, memberi hebahan kepada komuniti setempat mengenai aktiviti/program semasa yang dianjurkan oleh PID dan menarik golongan sasaran terutamanya warga emas dan wanita untuk menggunakan kemudahan di PID. Promosi diadakan melalui edaran pamplet dan pemasangan kain rentang. Promosi dijalankan dengan kerjasama AJK Penyelaras PID dan kakitangan Pejabat Pos Kupang.

LAMAN WEB PID
PID Kupang mempunyai laman web sendiri iaitu http://kupang.idesa.net.my yang memaparkan satu laman web yang berindentitikan tempatan di mana isi kandungannya menjurus kepada maklumat tempatan dan perihal PID. Maklumat-maklumat ini merangkumi maklumat tentang sejarah tempatan, wanita, warga emas, belia, kesihatan, pendidikan, keusahawanan, pelancongan dan organisasi tempatan. Laman web akan dikemaskini dari semasa ke semasa untuk memberikan info terkini kepada komuniti.




KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran dibahagikan kepada enam kategori utama iaitu belia, pelajar, wanita, warga emas, pendidik dan usahawan. Promosi sentiasa dilakukan terutamanya kepada golongan wanita, warga emas dan usahawan untuk memberi pendedahan kepada golongan ini mengenai kepentingan komputer dan teknologi maklumat dan menggalakkan mereka menggunakan kemudahan di PID. Antara penekanan/ cara yang dilakukan ialah:
  • Mengadakan kelas khas.
  • Mengadakan bengkel di mana pengisiannya menggabungkan antara teknologi maklumat dan isu berkaitan golongan terbabit. Contohnya bagi golongan wanita, PID mengadakan bengkel di mana tajuk utama dikhususkan mengenai pencarian maklumat melalui internet mengenai masakan dan hal-hal berkaitan wanita.
  • Memberikan kemudahan pencarian maklumat secara individu.
  • Memberikan khidmat nasihat ICT secara percuma.
  • Mengadakan kerjasama dengan agensi-agensi tertentu untuk menarik penglibatan mereka dalam aktiviti-aktiviti yang diadakan oleh PID seperti mengadakan kerjasama dengan masjid dan surau untuk menarik golongan wanita dan warga emas, PIBG sekolah untuk menarik golongan pendidik dan ibu bapa dan agensi-agensi kerajaan untuk menarik golongan kakitangan kerajaan.

PROGRAM/ AKTIVITI PEMBUDAYAAN ICT PID KUPANG

Secara umumnya, aktiviti/program ini dijalankan oleh Pusat Internet Desa Kupang sebagai satu usaha mencapai objektif PID Kupang. Dengan adanya aktiviti-aktiviti ini, ia dapat mendekatkan PID dengan komuniti setempat, memberi pendedahan kepada masyarakat tentang fungsi dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh PID, memberi pendedahan dan menarik minat masyarakat mengenai komputer dan ICT, menyebar maklumat dan menggalakkan perkongsian ilmu.
Antara aktiviti/ program yang dijalankan setiap tahun ialah:
  • Kelas latihan komputer secara percuma.
  • Bengkel yang diadakan mengikut kategori/kumpulan sasaran seperti pelajar, belia, wanita, warga emas, pendidik, dan usahawan.
  • Aktiviti-aktiviti yang terbuka kepada semua golongan bertujuan memupuk kerjasama dan menjalin hubungan erat sesama komuniti setempat.
  • Hari Bersama Komuniti diadakan pada hari sabtu untuk memberi peluang kepada pengguna yang tidak dapat hadir pada hari bekerja biasa contohnya pelajar sekolah berasrama dan kakitangan kerjaan. Pada Hari Bersama Komuniti juga, pengguna boleh mendapat khidmat nasihat dan latihan berkhaitan komputer dan teknologi maklumat secara percuma.
Untuk melibatkan penglibatan masyarakat setempat, PID biasanya melakukan kerjasama dengan ketua-ketua kampung, ahli jawatankuasa masjid dan surau, PIBG sekolah dan agensi-agensi kerajaan dengan menganjurkan aktiviti secara bersama.

PENJANAAN KEWANGAN DAN PERANCANGAN KEWANGAN

PID Kupang mendapat sumber kewangan daripada yuran keahlian yang dikenakan ke atas pengguna yang berdaftar sebagai ahli PID Kupang. PID Kupang juga mengenakan sedikit bayaran untuk pengguna dilatih melalui jualan modul. Selain itu perkidmatan-perkidmatan yang dapat menyumbang kepada sumber kewangan PID ialah:
·         Perkhidmatan mengimbas (scan) dan burn CD.
  • Perkidmatan mencetak dokumen dan foto.
·         Perkhidmatan menaip dokumen.
·         Perkhidmatan rekabentuk (design) kad kahwin, pamplet, kad nama, kad perniagaan dan lain-lain.
·         Perkhidmatan “laminate”.
·         Membina dan merekabentuk laman web.
·         Jualan komputer, laktop dan aksesori komputer.
·         Jualan modul dan buku-buku berkaitan komputer dan teknologi maklumat.
Mulai tahun 2007, PID Kupang mengadakan kerjasama dengan syarikat komputer yang telah dipilih untuk membuat jualan komputer dan laktop. Ini bertujuan untuk meningkatkan lagi pendapatan dan mencari lebih dana untuk tabung PID. Perkidmatan-perkhidmatan di atas akan dikenakan harga yang berpatutan mengikut jenis perkhidmatan. Semua caj yang dikenakan akan disalurkan ke dalam akaun/tabung PID untuk tujuan kegunaan PID seperti pembelian alatulis dan peralatan PID dan sebagai dana ketika menjalankan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh PID.




LAPORAN PENGGUNAAN &

PENGGUNA 2007


LAPORAN PENGGUNAAN DAN PENGGUNA
PD KUPANG 2007

PENGGUNAAN
5731
PENGGUNA
2705
PENGGUNA DILATIH
1015
PENGGUNA BARU
777






AKTIVITI 2007
AKTIVITI-AKTIVITI 2007
Bil
Nama
Tarikh
Kumpulan Sasaran

1

PROGRAM KESEDARAN ICT
1.1  Kursus Asas Microsoft Access
1.2  Hari Bersama Komuniti
1.3  Program Pendedahan Internet Lepasan SPM &STPM
1.4  Program Pencarian Kerja Secara Online
1.5  Bengkel Ms Access & Ms Publisher
1.6  Kursus Asas ICT
1.7  Program Celik IT & Komputer Pelajar Sekolah
1.8  Kelas Asas Komputer dan Internet Untuk Guru KEMAS
1.9  Aplikasi Perisian dan Program Komputer
1.10        Pengenalan ICT Kepada Remaja
1.11        Kursus Membina Laman Web (Hosting free)
1.12        Khidmat Nasihat ICT


18 Januari
17 Februari
13-15 Mac & 17-22
15-19 April
21-22 Mei
27-31Mei & 3-7 Jun
26 Julai
Sepanjang Ogos
23 September
23 Oktober
18 November
24,26,27,30,31Disember




Semua kumpulan sasaran

2

PROGRAM BERSAMA PID
2.1 Promosi PID
2.2 Program Gotong Royong PID Bersama Pejabat Pos Kupang


Sepanjang Tahun
17 Ogos 2007


Semua kumpulan sasaran

3

PROGRAM ICT2

23 Ogos 2007

Pelajar


4

PROGRAM BULAN KEMERDEKAAN

Sepanjang
Ogos 2007

Semua kumpulan sasaran

5

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL KURSUS KOMPUTER

31 Disember 2007

Semua kumpulan sasaran

6

PROGRAM SETULUS KASIH

31 Disember 2007


Semua kumpulan sasaran
** Kumpulan sasaran dibahagikan kepada enam kategori iaitu pelajar, belia, wargaemas, wanita, pendidik dan usahawan.
1. PROGRAM KESEDARAN ICT
           
Program Kesedaran ICT akan dijalankan setiap bulan dari bulan Januari 2007-Disember 2007. Setiap bulan PID Kupang akan mengadakan program/ kursus yang telah dipilih oleh PID untuk disertai oleh pengguna-pengguna dan akan menjalankan aktiviti-aktiviti tersebut mengikut kumpulan sasaran (pelajar, belia, wanita, pendidik, usahawan dan warga emas) atau secara terbuka kepada semua. Program ini dilaksanakan bertujuan untuk menarik minat dan keinginan golongan sasaran untuk mempelajari komputer dan teknologi maklumat, membolehkan pengguna mempelajari secara asas program-program komputer dalam masa yang singkat dan sebagai satu cara memberi pendedahan dan penyebaran maklumat terkini mengenai komputer dan teknologi maklumat kepada masyarakat.

Program/Kursus yang dilaksanakan setiap bulan sepanjang 2007:
Januari 2007
Kursus Asas Microsoft Access
Belia
Februari 2007
Hari Bersama Komuniti
Terbuka
Mac 2007
Program Pendedahan Internet Lepasan SPM & STPM
Belia
(Lepasan SPM&STPM)
April 2007
Program Pencarian Kerja Secara Online
Belia
Mei 2007
Bengkel Ms Access & Ms Publisher
Belia & Pelajar
Jun 2007
Kursus Asas ICT
Pelajar & Pendidik
Julai 2007
Program Celik IT & Komputer Bersama Pelajar Sekolah
Pelajar
Ogos 2007
Kelas Asas Komputer dan Internet Untuk Guru KEMAS
Pendidik
Sept 2007
Aplikasi Perisian dan Program Komputer
Belia & Pelajar
Oktober 2007
Pengenalan ICT Kepada Golongan Remaja.
Belia & Pelajar
November 2007
Kursus Membina Laman Web (Hosting free)
Belia & Pelajar
Disember 2007
Khidmat Nasihat ICT
Terbuka








1.1  Program Kesedaran ICT Januari 2007 – Kursus Asas Microsoft Access

Tarikh             :           18 Januari 2007 (Khamis)
Tempat           :           Pusat Internet Desa Kupang
Masa               :           8.30 pagi hingga 1.00 petang

Pengenalan:
Kursus Asas Misrosoft Access diadakan untuk memberi peluang dan pendedahan kepada golongan belia mengenai program Ms Access dalam masa sehari sahaja. Program ini dibuat dalam masa sehari iaitu dari pukul 8.30 pagi hingga 1.00 petang kerana ramai peserta yang menyertai bengkel ini tidak dapat mengikuti kursus komputer yang dijalankan pada hari biasa kerana bekerja atau belajar. Para peserta dalam program ini ialah lapan orang.
Objektif:        
  • Memberi pendedahan dan peluang kepada golongan belia mempelajari mengenai Ms Access dalam masa sehari sahaja.
  • Memberi pendedahan kepada golongan belia mengenai kepentingan komputer dan ICT.
  • Memberi pendedahan kepada golongan belia cara belajar dan bekerjasama dalam satu kumpulan.
Kumpulan Sasar:
Golongan Belia
Aktiviti Yang Dilaksanakan:
  • Penerangan dan tunjukajar mengenai Program Ms Access oleh penyelia dan penolong.
  • Latihan dalam kumpulan dan latihan secara individu mengenai Program Ms Access.
  • Perbentangan tugasan yang diberi.
Cadangan dan Kesimpulan:
Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para peserta dan objektif program ini telah dicapai. Peserta telah menunjukkan minat yang mendalam untuk mempelajari mengenai Program Ms Acesss. Kami berpendapat program seumpama ini wajar dilaksanakan dari masa ke semasa untuk memberi lebih peluang kepada peserta yang lain.
1.2  Program Kesedaran ICT Februari 2007 – Hari Bersama Komuniti

Tarikh             :           17 Februari 2007 (Sabtu)
Tempat           :           Pusat Internet Desa Kupang
Masa               :           8.00 pagi hingga 1 petang

Pengenalan:
Hari Bersama Komuniti diadakan bertujuan untuk memberi peluang kepada masyarakat untuk mendapatkan latihan komputer dan mendapatkan khidmat nasihat berkaitan komputer/ teknologi maklumat. Aktiviti hari ini dijalankan secara terbuka kepada semua pengguna yang berminat untuk menggunakan kemudahan di PID. Untuk tujuan pembelajaran, kami memberi fokus kepada pengguna yang terdiri daripada kakitangan kerajaan, pendidik dan pelajar sekolah berasrama yang tidak dapat hadir pada hari biasa untuk belajar komputer.Untuk khidmat nasihat komputer dan teknologi maklumat, ia adalah terbuka kepada semua pengguna dan pengguna boleh mendapatkan khidmat nasihat berkaitan komputer dan teknologi maklumat daripada staff PID.
Objektif:
·         Untuk memberi peluang kepada semua pengguna dan penduduk setempat menggunakan kemudahan di PID samaada untuk tujuan melayari internet atau mendapat latihan komputer.
·         Bertindak sebagai kounselor di mana staff PID memberi khidmat nasihat dan tunjukajar secara percuma kepada pengguna-pengguna yang mempunyai masalah berkaitan komputer dan teknologi maklumat.
·         Untuk menjadikan PID sebagai pusat pembelajaran komputer yang utama dan menjadi pusat rujukan di kalangan masyarakat setempat.       
Kumpulan Sasar:
Pelajar, Belia, Wanita, Warga Emas, Pendidik dan Usahawan
Aktiviti Yang Dilaksanakan:
(a)  Kelas pembelajaran komputer yang dikhaskan kepada kakitangan kerajaan dan pelajar sekolah yang tidak dapat hadir pada hari biasa untuk kelas komputer. Tajuk pembelajaran hari ini hanya difokuskan kepasa asas dan aplikasi internet.
(b) Khidmat nasihat komputer dan teknologi maklumat di mana pada hari ini pengguna-pengguna yang menghadapi sebarang masalah berkaitan dengan komputer dan   teknologi maklumat boleh berjumpa dengan  penyelia atau penolong penyelia untuk mendapatkan bantuan. Antara khidmat nasihat dan tunjukajar yang diberikan ialah seperti penggunaan item-item dalam Ms Office, Ms Publisher dan Front Page, memasukkan (install) program-program dan masalah-masalah tentang perkakasan dan perisian komputer
Cadangan dan Kesimpulan:
Melihat daripada tindakbalas yang amat mengalakkan, kami berpendapat Hari Bersama Komuniti ini wajar diadakan dengan lebih kerap lagi untuk memberi peluang kepada semua pengguna untuk mendapat khidmat nasihat dan latihan mengenai komputer dan teknologi maklumat secara percuma. Ini kerana matlamat PID Kupang ialah untuk memberi pendedahan kepada semua peringkat lapisan masyarakat. Dengan menjalankan aktiviti Hari Bersama Komuniti kami dapat mempromosikan lagi PID Kupang dan mendekatkan PID dengan masyarakat setempat.


1.3  Program Kesedaran ICT Mac 2007– Program Pendedahan Internet Untuk Lepasan SPM & STPM

Tarikh             :           13 Mac hingga15 Mac 2007 (Selasa hingga Khamis)
17 Mac  hingga 22 Mac 2007 (Sabtu hingga Khamis)
Tempat           :           Pusat Internet Desa Kupang
Masa               :           12.00 tengahari hingga 3.00 petang

Pengenalan:
Program Pendedahan Internet (Lepasan SPM & STPM) diadakan bagi memberi peluang dan pendedahan kepada pelajar lepasan SPM dan STPM untuk mempelajari mengenai internet dan juga memberi peluang kepada mereka untuk membuat permohonan melanjutkan pelajaran secara online. Ini kerana kami dapati kebanyakan lepasan SPM/STPM yang masih tidak mahir menggunakan internet. Aktiviti yang diadakan selama sembilan hari dari jam 12.00 tengahari - 3.00 petang kerana terdapat sambutan yang amat menggalakkan daripada lepasan SPM dan STPM. 108 orang peserta telah terlibat selama program selama sembilan hari ini di mana setiap hari bilangan peserta seramai 12 orang.

Objektif:        
  • Untuk menjadikan PID sebagai pusat pembelajaran komputer yang utama dan menjadi pusat rujukan di kalangan masyarakat setempat.
  • Untuk memudahkan para peserta mengisi borong permohonan secara ‘online’ di mana peserta mendapat tunjukajar dan bimbingan daripada staff PID.
  • Untuk membolehkan para peserta berbincang dan bertukar pendapat mengenai peluang melanjutkan pelajaran.
Kumpulan Sasar:
Belia (Lepasan SPM & STPM)
Aktiviti Yang Dilaksanakan:
  • Setiap peserta yang terlibat akan diberi penerangan terlebih dahulu oleh penyelia dan penolong penyelia mengenai cara-cara mengisi maklumat secara online dan laman web.
  • Peserta secara berkumpulan mencari maklumat berkaitan program-program yang terdapat di Institut Pendidikan Tinggi Awam dan Institut Pengajian Tinggi Swasta, mencetak maklumat tersebut dan dijadikan rujukan.
  • Sesi perbincangan dan bertukar-tukar maklumat di antara para peserta mengenai program-program yang ditawarkan di Institut Pendidikan Tinggi Awam dan Swasta. Peserta juga mengadakan sesi perbincangan dengan penyelia dan penolong penyelia berkaitan program-program pengajian dan kesesuaian dengan kelulusan masing-masing.
  • Para peserta yang belum mempunyai email diajar cara-cara mendaftar email dan menggunakan email.
  • Peserta mendaftar borang secara online.
Cadangan dan Kesimpulan:
Objektif program ini dapat dicapai kerana program yang diadakan mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada lepasan SPM/STPM. Program seumpama ini wajar dijalankan pada masa akan datang untuk memberi peluang dan pendedahan kepada bukan sahaja kepada golongan belia malah semua golongan kerana ramai yang masih belum yang mahir dalam mengaplikasikan internet.




1.4   Program Kesedaran ICT April 2007– Program Pencarian Kerja Secara Online

Tarikh             :           15 April hingga 19 April 2007 (Ahad hingga Rabu)
Tempat           :           Pusat Internet Desa Kupang
Masa               :           8.30 pagi hingga 1.00 tengahari

Pengenalan:
Program Pencarian Kerja Secara Online diadakan selama empat hari berturut-turut untuk memberi peluang kepada lepasan institut pengajian tinggi dan lepasan SPM/ STPM untuk membuat permohonan kerja secara online. Selain mendapat maklumat terkini mengenai peluang pekerjaan yang terdapat di negara ini, para peserta juga dapat berbincang serta dapat bertukar-tukar pendapat antara para peserta. Program ini dijalankan selama empat hari berturut-turut untuk memberi peluang kepada lebih ramai peserta menyertai program ini. Seramai 48 orang peserta telah menyertai program ini yang terdiri daripada lepasan institut pengajian tinggi awam/swasta dan lepasan SPM/STPM. Program ini juga mendapat sokongan dan galakan daripada ibu bapa para peserta di mana terdapat ibu bapa peserta yang sama-sama turut menemani anak-anak untuk menyertai program ini.
Objektif:        
  • Untuk menjadikan PID sebagai pusat pembelajaran komputer yang utama dan menjadi pusat rujukan di kalangan masyarakat setempat.
  • Memberi pendedahan kepada golongan belia untuk menggunakan kemudahan teknologi terkini bagi mencari peluang pekerjaan.
  • Untuk memudahkan para peserta mengisi borong permohonan secara ‘online’ di mana peserta mendapat tunjukajar dan bimbingan daripada staff PID.
  • Untuk membolehkan para peserta berbincang dan bertukar pendapat mengenai peluang peluang pekerjaan terkini/semasa.
Kumpulan Sasar:
Belia
Aktiviti Yang Dilaksanakan:
  • Setiap peserta yang terlibat akan diberi penerangan terlebih dahulu oleh penyelia dan penolong penyelia mengenai cara-cara mengisi maklumat secara online dan laman web berkaitan jawatan kosong. Antara laman web tersebut (SPA), Jabatan Tenaga Manusia, Laman Web Rasmi Kerajaan Malaysia, Jobstreet dan lain-lain.
  • Para peserta yang belum mempunyai email diajar cara-cara mendaftar email dan menggunakan email.
  • Para peserta berbincang dan bertukar pendapat dengan penyelia dan penolong mengenai peluang-peluang pekerjaan terkini.
  • Para peserta mengisi borang secara online. Bagi para peserta yang kurang mahir menggunakan komputer dan melayari internet, mereka akan mendapat bantuan dan tunjukajar daripada penyelia dan penolong penyelia.
Cadangan dan Kesimpulan:
Program yang diadakan ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada komuniti setempat. Kami berpendapat program seperti ini wajar diadakan dengan lebih kerap lagi untuk memberi peluang kepada komuniti setempat terutamanya lepasan institut pengajian tinggi awam/swasta dan lepasan SPM/STPM. Ini kerana kebanyakan belia masih kurang pendedahan mengenai peluang pekerjaan malah masih ramai yang tidak mahir menggunakan internet dan memanfaatkan kemudahan teknologi masa kini.

1.5  Program Kesedaran ICT Mei 2007– Bengkel Ms Access dan Ms Publisher

Tarikh             :           21 Mei hingga 22 Mei 2007 (Isnin dan Selasa)
Tempat           :           Pusat Internet Desa Kupang
Masa               :           9.00 pagi hingga 12.00 tengahari

Pengenalan:
Program ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada golongan belia dan pelajar untuk mempelajari mengenai program Ms Access dan Ms Publisher. Ini sebagai lanjutan daripada program Ms Office yang telah dipelajari sebelum ini. Seramai lapan orang peserta telah menyertai bengkel ini.
Objektif:        
  • Memberi pendedahan dan peluang kepada golongan belia dan pelajar mempelajari mengenai Ms Access dan Ms Publisher dalam masa yang cepat dan pantas.
  • Mendedahkan golongan belia mengenai kepentingan komputer dan ICT.
  • Memberi pendedahan kepada golongan belia cara belajar dan bekerjasama dalam satu kumpulan.
  • Mempelbagaikan aktiviti di PID Kupang dan menarik lebih ramai pengguna dilatih.
Kumpulan Sasar:
Belia  dan Pelajar
Aktiviti Yang Dilaksanakan:
Hari Pertama – Bengkel Ms Access
  • Pengenalan dan penerangan mengenai Ms Access.
  • Latihan secara individu dan kumpulan.
  • Sesi perbincangan dan soal jawab.
Hari Kedua – Bengkel Ms Publisher
  • Pengenalan dan penerangan mengenai Ms Publisher.
  • Latihan secara individu –membuat kad nama.
  • Latihan secara kumpulan – membuat pamplet dan kad ucapan.
  • Sesi perbincangan dan soal jawab.
  • Majlis penyerahan sijil kepada peserta bengkel.
Cadangan dan Kesimpulan:
Bengkel ini berjaya dijalankan dan mendapat sambutan daripada para peserta. Peserta amat berminat dengan pembelajaran yang diperkenalkan. Walaupun kami hanya memberi pengajaran secara asas, adalah diharapkan ilmu yang diberikan dapat dimanfaatkan oleh para peserta dan menjadi pendorong kepada para peserta untuk mendalami lagi mengenai komputer dan teknologi maklumat.Bengkel seperti ini akan diadakan lagi dengan lebih kerap untuk memberi peluang kepada peserta-peserta yang lain.











1.6  Program Kesedaran ICT Jun 2007– Kursus Asas ICT

Tarikh             :           27 Mei hingga 31 Mei 2007 (Ahad hingga Khamis)
 3 Jun hingga 7 Jun 2007 (Ahad hingga Khamis)
Tempat           :           Pusat Internet Desa Kupang
Masa               :           12.30 tengahari hingga 2.30 petang

Pengenalan:
Program ini diadakan sempena cuti sekolah dan terbuka kepada guru dan pelajar. Kami menghadkan masa selama lima hari untuk golongan guru dan lima hari untuk golongan pelajar. Program ini merupakan satu pendedahan asas yang merangkumi pembelajaran mengenai Ms Office dan Internet. Kami memperuntukkan masa dari pukul 12.30 tengahari hingga 2.30 petang supaya tiada pertindihan jadual dengan pengguna dilatih sedia ada kerana sesi pembelajaran sedia ada padat diisi oleh lepasan SPM dan STPM. Peserta dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu minggu pertama (27 Mei 2007 hingga 31 Mei 2007) dikhaskan untuk guru dan minggu kedua (3 Jun 2007 – 7 Jun 2007) dikhaskan untuk golongan pelajar.
Objektif:        
Ÿ  Memberi pendedahan mengenai program Ms Office dan Internet kepada golongan guru pelajar dalam masa yang cepat dan pantas semasa cuti sekolah.
Ÿ  Sebagai satu alternatif untuk menarik lebih ramai golongan guru dan pelajar untuk menggunakan perkhidmatan di PID.
Kumpulan Sasar:
Guru dan Pelajar
Aktiviti Yang Dilaksanakan:
  • Penerangan/ceramah mengenai komputer dan internet oleh penyelia dan penolong.
  • Pembelajaran asas mengenai Ms Word, Excel, Power Point mengikut modul yang disediakan.
  • Pencarian maklumat di dalam internet, pendaftaran dan penggunaan email.
  • Penggunaan  mesin pencetak dan pengimbas.
  • Latihan secara individu dan kumpulan.

Cadangan dan Kesimpulan:
Program seperti ini mendapat sambutan yang menggalakkan. Namun pihak PID terpaksa menghadkan bilangan para peserta kerana ingin membolehkan proses pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih berkesan akibat kekurangan komputer. Program ini berjaya mencapai objektifnya dan akan diadakan dengan lebih kerap terutamanya pada musim cuti persekolahan yang panjang.
                                        
1.7  Program Kesedaran ICT Julai 2007– Program Celik IT dan Komputer Bersama Pelajar

Tarikh             :           26 Julai 2007 (Khamis)
Tempat           :           Pusat Internet Desa Kupang
Masa               :           9.00 pagi -12.00 tengahari (sesi pagi)
                                    2.00 petang – 5.00 petang (sesi petang)

Pengenalan:
Program ini diadakan bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar sekolah untuk mempelajari dan mendapatkan khidmat nasihat mengenai komputer dan teknologi maklumat. Pelajar diberi kebebasan untuk memilih dan mempelajari sesuatu yang mereka minati mengenai komputer dan teknologi maklumat berdasarkan skop/tajuk yang telah ditetapkan untuk program ini. Penyelia dan penolong akan memberi pengajaran dan tunjukajar mengenai tajuk yang dipilih oleh pelajar. Terdapat dua sesi iaitu 9.00 pagi -12.00 tengahari (sesi pagi) untuk pelajar yang bersekolah sesi petang dan 2.00 petang – 5.00 petang (sesi petang) untuk pelajar bersekolah sesi pagi. Seramai 11 orang pelajar telah menyertai program ini.
Objektif:        
  • Memberi pendedahan dan menarik minat golongan pelajar mempelajari komputer dan teknologi maklumat.
  • Memberi peluang kepada pelajar untuk mempelajari sesuatu yang mereka minati mengenai komputer dan teknologi maklumat berdasarkan skop/tajuk yang telah ditetapkan untuk program ini.
Kumpulan Sasar:
Pelajar

Aktiviti Yang Dilaksanakan:
  • Pembelajaran asas mengenai Ms Office, Program Paint dan Aplikasi internet mengikut modul yang disediakan.
  • Latihan secara individu dan kumpulan.
  • Perbincangan dan soal jawab dengan penyelia dan penolong.
Cadangan dan Kesimpulan:
Program seperti ini mendapat sambutan yang menggalakkan. Namun pihak PID terpaksa menghadkan bilangan para peserta kerana ingin membolehkan proses pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih berkesan. Program ini akan diadakan dengan lebih kerap kerana kami berpendapat pendedahan awal perlu diberikan sejak peringkat sekolah lagi.

1.8  Program Kesedaran ICT Ogos 2007– Kelas Asas Komputer & Internet  Guru KEMAS

Tarikh             :           Sepanjang Julai dan Ogos (Ahad hingga Khamis)
Tempat           :           Pusat Internet Desa Kupang
Masa               :           12.00 tengahari hingga 1.30 Petang (sesi 1)
                                    3.00 Petang hingga 4.30 Petang (sesi 2).
                                   
Pengenalan
Kelas ini diadakan bertujuan memberi peluang untuk guru KEMAS mempelajari mengenai komputer dan internet. Kelas diadakan setiap hari ahad hingga khamis dalam dua sesi pembelajaran iaitu 12.00 tengahari hingga 1.30 Petang (sesi 1) dan 3.00 Petang hingga 4.30 Petang (sesi 2). Setiap peserta akan memilih sesi yang sesuai mengikut kelapangan masa para peserta. Peserta program ini adalah seramai lima orang peserta yang terdiri daripada guru KEMAS.
Objektif:        
  • Memberi pendedahan kepada golongan guru KEMAS untuk mempelajari asas komputer dan internet.
  • Memberi peluang kepada golongan guru KEMAS untuk mempelajari komputer dalam masa yang cepat dan singkat mengikut kesesuaian dan kelapangan masing-masing berdasarkan sesi yang telah ditetapkan oleh PID Kupang.

Kumpulan Sasar:
Pendidik dan Wanita
Aktiviti Yang Dilaksanakan:
  • Penerangan dan tunjukajar daripada penyelia dan penolong.
  • Latihan secara individu mengikut modul yang telah disediakan.
  • Latihan dalam kumpulan.
Cadangan dan Kesimpulan:
               Mengikut pendaftaran awal seramai lapan orang peserta menyertai program ini namun tiga orang daripada mereka menarik diri kerana ingin menyambung pelajaran dan komitmen lain. Walaupun hanya lima orang guru KEMAS yang menyertai kelas ini namun pihak PID amat berpuas hati kerana semua peserta menunjukkan minat yang mendalam dan memberikan komitmen yang tinggi semasa menyertai program ini. Pihak PID Kupang telah mengadakan sesi perbincangan dengan AJK PID Kupang untuk membuat rangka promosi bagi mengalakkan kakitangan awam daripada jabatan lain untuk bekerjasama dengan PID Kupang mengadakan kelas latihan komputer untuk pekerja mereka.

1.9  Program Kesedaran ICT September  2007–Aplikasi Perisian dan Program Komputer (Formatting Step, Installation Program and Application)

Tarikh             :           23 September 2007
Tempat           :           Pusat Internet Desa Kupang
Masa               :           9.30 pagi – 1.30 petang

Pengenalan:
            Program ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada golongan belia untuk mempejari dengan lebih mendalam mengenai program-program komputer dan aplikasinya. Seramai empat orang peserta mengambil bahagian. Mereka terdiri daripada seorang pelajar politeknik dan tiga orang pelajar tingkatan enam.
Objektif:
  • Mendedahkan pelajar mengenai program-program komputer dan kegunaannya.
  • Memberi pendedahan dan mempelbagaikan kemahiran komputer kepada pengguna.

Kumpulan Sasar:
Belia dan pelajar
Aktiviti Yang Dilaksanakan:
  • Penerangan dan tunjukajar daripada penolong penyelia.
  • Latihan dan praktikal dalam kumpulan.
Cadangan dan Kesimpulan:
               Program ini mendapat sambutan daripada para peserta. Namun kami hanya menghadkan bilangan empat orang peserta sahaja pada bengkel kali ini sebagai permulaan untuk memberi lebih peluang kepada peserta yang terlibat memahami pengajaran dengan lebih jelas dan berkesan.

1.10 Program Kesedaran ICT Oktober 2007 – Pengenalan ICT Kepada Remaja

Tarikh             :           23 Oktober 2007 (Selasa)
Tempat           :           Pusat Internet Desa Kupang
Masa               :           10.00 pagi hingga 12.00 tengahari

Pengenalan:
            Program ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada golongan remaja mengenai komputer dan ICT. Program ini melibatkan tujuh orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah dan lepasan sekolah.
Objektif:
  • Memberi pendedahan kepada golongan remaja luar bandar mengenai perkembangan teknologi maklumat  masa kini.
  • Memupuk minat kepada golongan remaja untuk mempelajari mengenai teknologi maklumat dengan lebih mendalam.
Kumpulan Sasar:
Belia dan pelajar
Aktiviti Yang Dilaksanakan:
  • Penerangan mengenai perisian, perkakasan dan program-program komputer.
  • Penerangan mengenai internet dan aplikasinya.
  • Latihan dan praktikal dalam kumpulan.


Cadangan dan Kesimpulan:
               Program ini mendapat sambutan daripada para peserta. Dengan adanya program ini, secara tidak langsung kami berjaya menanam minat untuk remaja yang terdiri daripada mereka yang tidak di kawasan luar bandar untuk mempelajari mengenai komputer dan teknologi maklumat dan memanfaatkan perkhidmatan/kemudahan yang diberikan oleh PID.

1.11 Program Kesedaran ICT November 2007 – Kursus membina Laman Web Menggunakan Hosting Free

Tarikh             :           23 Oktober 2007 (Selasa)
Tempat           :           Pusat Internet Desa Kupang
Masa               :           9.00 pagi hingga 11.30 pagi

Pengenalan:
            Program ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada golongan remaja untuk membina laman web sendiri. Pada bengkel kali ini kami memilih untuk menggunakan hosting free yang terdapat di dalam internet kerana lebih mudah dan senang difahami. Seramai 11 orang peserta telah terlibat terdiri daripada pelajar sekolah, lepasan sekolah dan mereka yang menuntut di IPTA/IPTS.
Objektif:
  • Memupuk minat kepada golongan remaja untuk mempelajari mengenai teknologi maklumat dengan lebih mendalam.
  • Memberi pendedahan kepada golongan remaja mengenai laman web dan penggunaannya.
Kumpulan Sasar:
Belia dan pelajar
Aktiviti Yang Dilaksanakan:
  • Penerangan mengenai laman web dan program-program yang digunakan untuk membina laman web.
  • Penerangan mengenai hosting free.
  • Peserta secara berkumpulan membina laman web menggunakan hosting free.
  • Perbentangan hasil kerja.

Cadangan dan Kesimpulan:
            Program ini mendapat sambutan daripada para peserta. Peserta menunjukkan minat yang mendalam untuk mempelajari mengenai laman web dan dapat menguasai pengajaran dengan mudah dan cepat.

1.12  Program Kesedaran ICT Disember  2007 – Khidmat Nasihat ICT

Tarikh             :           24, 26, 27, 30, 31 (Isnin, Rabu, Khamis, Ahad & Isnin)
Tempat           :           Pusat Internet Desa Kupang
Masa               :           12.00 tengahari hingga 1 petang

Pengenalan:
            Program ini merupakan satu program amal bertujuan memberi pendedahan, membantu, membimbing dan menarik golongan luar bandar untuk mempelajari mengenai komputer dan internet.
Objektif:
  • Memupuk dan menarik minat komuniti setempat untuk mempelajari mengenai komputer dan internet.
  • Sebagai program amal untuk membantu penduduk luar bandar menggunakan komputer dan internet.
Kumpulan Sasar:
Terbuka kepada semua kumpulan sasaran (wanita, warga emas, pelajar, belia, pendidik dan usahawan).
Aktiviti Yang Dilaksanakan:
Khidmat nasihat ICT di mana pengguna boleh memilih subjek-subjek berikut dan mendapat tunjuk ajar daripada penyelia dan penolong:
  • Pendaftaran email dan penggunaannya.
  • Carian makluman dan laman web.
  • Penggunaan alat pengimbas, kamera digital dan printer dan burn CD.
  • Semakan daftar pemilih SPR (Suruhanjaya Pilihanraya).
  • Pendaftaran borang SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam).
  • Pendaftaran online UPU.
  • Lain-lain berkaitan internet.

Cadangan dan Kesimpulan:
            Program ini mendapat sambutan daripada para peserta. Program ini wajar dijalankan secara lebih kerap sebagai satu usaha berterusan bagi merapatkan jurang celik IT dan komputer antara penduduk bandar dan luar bandar. Ini kerana kebanyakan masyarakat setempat terutamanya golongan warga emas dan wanita masih belum cekap menggunakan komputer dan memerlukan bimbingan.

2. PROGRAM BERSAMA PID

Terdapat dua aktiviti utama dalam Program Bersama PID iaitu Promosi PID dan Gotong Royong PID Bersama Pejabat Pos Kupang.

2.1 Promosi PID

Tarikh             :           Sepanjang tahun.
Tempat           :           Pusat Internet Desa Kupang, Pekan Kupang dan pekan-pekan
                              berhampiran (dalam daerah baling dan Sik).
Pengenalan:
Promosi PID diadakan secara berterusan sepanjang tahun bertujuan untuk meningkatkan bilangan ahli PID Kupang terutamanya pengguna dilatih dan memberi pendedahan kepada komuniti setempat mengenai peranan dan aktiviti-aktiviti semasa yang dijalankan oleh PID Kupang. Promosi diadakan secara giat terutamanya pada cuti persekolahan dan cuti semester bagi institut pengajian tinggi/swasta.
Objektif:
  • Memberi hebahan/ pendedahan kepada komuniti setempat mengenai peranan dan aktiviti-aktiviti semasa yang dijalankan oleh PID Kupang.
  • Meningkatkan bilangan ahli PID Kupang terutamanya pengguna dilatih.
  • Menarik lebih ramai pengguna terutamanya golongan warga emas, wanita, usahawan dan pendidik untuk menggunakan perkhidmatan di PID Kupang.
Kumpulan Sasar:
Semua Golongan (Belia, pelajar, warga emas, wanita, usahawan dan pendidik).
Aktiviti Yang Dilaksanakan:
  • Membuat pamplet dan banner.
  • Mengedar pamplet yang dibuat dengan kerjasama dan bantuan daripada Pejabat Pos Malaysia Kupang, ahlijawatankuasa PID Kupang dan ahli-ahli PID Kupang.
  • Pamplet akan dihantar ke sekolah-sekolah, jabatan kerajaan dan kawasan tumpuan orang ramai.
Cadangan dan Kesimpulan:
Aktiviti promosi yang diadakan ini berjaya mencapai objektif PID untuk mempromosikan dan memperkenalkan PID. Aktiviti promosi wajar diadakan dari masa ke semasa bagi tujuan menarik lebih ramai lagi pengguna untuk menggunakan perkhidmatan di PID dan menjadikan PID Kupang sebagai pusat pembelajaran komputer yang utama.

2.2 Gotong Royong PID Bersama Pejabat Pos Kupang

Tarikh             :           17 Ogos 2007 (Jumaat)
Tempat           :           Pusat Internet Desa Kupang & Persekitaran Pejabat Pos
                                    Kupang
Masa               :           8.00 pagi hingga 12.00 tengahari

Pengenalan:
Aktiviti anjuran bersama PID Kupang dan Pejabat Pos Kupang diadakan bertujuan untuk menjaga kebersihan, menambahkan keceriaan serta kecantikan kawasan PID dan kawasan Pejabat Pos Kupang di samping untuk mengeratkan hubungan mesra di antara PID Kupang dan kakitangan Pejabat Pos Kupang dengan komuniti setempat. Program ini mendapat sambutan dan penyertaan daripada semua kakitangan Pejabat Pos Kupang, ahli-ahli PID dan masyarakat setempat. Program ini berlangsung dari pukul 8.00 pagi hingga 12.30 tengahari dan seramai kira-kira 30 orang peserta telah menyertai program ini.
Objektif:
  • Menjaga kebersihan, menambahkan keceriaan dan kecantikan kawasan PID dan kawasan Pejabat Pos Kupang.
  • Mengeratkan hubungan mesra di antara PID Kupang dengan kakitangan Pejabat Pos Kupang serta komuniti setempat.
Kumpulan Sasar:
Semua Golongan (Belia, Pelajar, warga emas, wanita, usahawan dan pendidik).
Aktiviti Yang Dilaksanakan:
  • Membersihkan kawasan dalaman dan luaran PID.
  • Membersihkan kawasan dalaman dan luaran Pejabat Pos Kupang.
  • Menebang pokok, menanam pokok bunga dan lain-lain.
Cadangan dan Kesimpulan:
Program ini mendapat sambutan dan kerjasama daripada masyarakat setempat yang sama-sama berkerjasama untuk menjalankan aktiviti ini. Kami berpendapat program sebegini wajar diadakan sebagai aktiviti tahunan PID dan Pejabat Pos Kupang.

3.0 PROGRAM ICT 2

Tarikh             :           23 Ogos 2007 (Khamis)
Tempat           :           Pusat Internet Desa Kupang
Masa               :           8.30 hingga 1 petang

Pengenalan:
Program ini adalah lanjutan daripada Program ICT 1 yang telah diadakan pada tahun lepas. Namun jika peserta tahun lepas terdiri daripada pelajar prasekolah, pada tahun ini kami memberi peluang kepada pelajar menengah rendah (13-15 tahun). Program ini mendapat kerjasama daripada ibubapa para peserta dan pihak AJK PID Kupang.
Objektif:
  • Memberi pendedahan awal mengenai komputer dan teknologi maklumat kepada golongan pelajar (menengah rendah).
  • Memupuk minat dan keinginan pelajar untuk mempelajari dan meningkatkan pengetahuan mengenai komputer dan teknologi maklumat.
Kumpulan Sasar:
Pelajar
Aktiviti Yang Dilaksanakan:
  • Penerangan/ceramah ringkas mengenai komputer dan internet oleh penyelia dan penolong.
  • Panduan asas mengenai komputer dan internet.
  • Latihan dalam kumpulan dan individu mengenai aplikasi internet.
  • Perbincangan dan soal jawab.
Cadangan dan Kesimpulan:
Program ini mendapat sambutan daripada golongan pelajar dan mencapai objektif yang ingin dicapai PID. Namun kami terpaksa menghadkan jumlah penyertaan untuk membolehkan proses pembelajaran dan pengajaran dilakukan dengan lebih berkesan. Program ini perlu diadakan dengan lebih kerap dan bukan hanya tertumpu kepada golongan pelajar malah turut dibuka kepada golongan lain seperti warga emas dan wanita.

4.0 PROGRAM SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN



Tarikh             :           Sepanjang Ogos 2007
Tempat           :           Pusat Internet Desa Kupang

Pengenalan:
Program ini diadakan sempena sambutan kemerdekaan Malaysia yang ke-50. Empat aktiviti telah dijalankan oleh PID Kupang sepanjang bulan Ogos 2007. Aktiviti-aktiviti ini diadakan sebagai tanda penghargaan dan terima kasih PID Kupang terhadap negara dan sebagai satu cara penghargaan dan mengajak masyarakat setempat untuk sama-sama menyambut kemerdekaan.
Objektif:
  • Untuk memupuk semangat cintakan negara dan melahirkan rasa bangga menjadi anak Malaysia di kalangan masyarakat terutamanya golongan belia dan pelajar sekolah.
  • Sebagai salah satu cara untuk mengalakkan masyarakat menghayati dan memeriahkan lagi sambutan kemerdekaan yang ke-50.
Kumpulan Sasar:
Semua golongan (belia, pelajar, wanita, warga emas, pendidik, usahawan)
Aktiviti Yang Dilaksanakan:
(a) Program kibarkan jalur gemilang
  • Pemberian bendera Malaysia kepada ahli-ahli PID Kupang dan masyarakat setempat bertujuan untuk menggalakkan pengibaran bendera Malaysia pada kenderaan dan kawasan tempat tinggal masing-masing.
  • Terbuka kepada semua golongan.
(b) Pertandingan mencipta slogan paling kreatif
  • Peserta dikehendaki melengkapkan slogan yang telah dicipta oleh pihak PID dan menghantar peraduan melalui email.
  • Peserta yang mencipta slogan paling kreatif dan menarik akan dipilih sebagai pemenang.
  • Terbuka kepada semua golongan.


(c) Pertandingan menulis esei
  • Peserta dikehendaki menulis esei berkaitan tajuk kemerdekaan yang telah dipilih oleh PID Kupang dan menghantar esei tersebut melalui email.
  • Terbuka kepada pelajar sekolah.
(d) Jamuan PID
  • Jamuan ringan diadakan kepada ahli-ahli PID sebagai tanda kesyukuran atas sambutan kemerdekaan yang ke-50.
  • Terbuka kepada semua golongan.
Cadangan dan Kesimpulan:
Program yang diadakan ini mendapat sambutan daripada komuniti setempat di mana penyertaan adalah daripada semua kumpulan sasaran. Kami berpendapat program sebegini perlu diadakan setiap tahun di mana aktiviti-aktiviti yang lebih menarik dan berunsurkan semangat patriotisme perlu diadakan.

5.0 MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL KURSUS KOMPUTER


Tarikh             :           31 Disember 2007 (Isnin)
Tempat           :           Pusat Internet Desa Kupang
Masa               :           3.00 hingga 5.00 petang

Pengenalan:
Majlis Penyampaian Sijil Kursus Komputer kepada pelatih-pelatih Pusat Internet Desa Kupang telah diadakan buat pertama kalinya pada tahun ini. Penganugerahan sijil akan diberikan kepada pelajar-pelajar yang telah menamatkan kursus komputer dan telah lulus Ujian Persijilan yang telah diadakan oleh PID Kupang. Penganugerahan sijil juga turut diberikan kepada mereka yang telah melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti dan bengkel-begkel yang dianjurkan oleh PID Kupang sepanjang tahun 2007.
Objektif Aktiviti:
·         Bertujuan untuk memberi penghargaan kepada pelajar-pelajar PID yang telah berjaya menamatkan kursus komputer dengan jayanya di PID Kupang.
·         Sebagai satu alternatif untuk menarik minat lebih ramai pengguna-pengguna mendapatkan latihan komputer dan menyertai aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh PID.
Aktiviti Yang Dilaksanakan:
·         Ucapan daripada penyelia.
·         Penyerahan sijil kepada pelajar-pelajar. Sijil disampaikan oleh wakil AJK PID Kupang, Puan Farah Wahida.
Kumpulan Sasaran
Semua Pengguna PID (pelajar, belia, wargaemas, wanita, pendidik dan usahawan)
Cadangan dan Kesimpulan:
            Majlis Penyampaian Sijil Kursus Komputer berjalan dengan jayanya. Program ini akan diadakan sebagai program tetap setiap tahun.



6.0 PROGRAM SETULUS KASIH

Tarikh             :           31 Disember 2007 (Isnin)
Tempat           :           Pusat Internet Desa Kupang
Masa               :           9.00 pagi  hingga 1.00 petang

Pengenalan:
            Program ini diadakan bertujuan untuk mendekatkan PID dengan komuniti dan sebagai penghargaan kepada AJK PID dan pengguna-pengguna PID yang telah menjadi sukarela dan menunjukkan komitmen serta kerjasama dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh PID. Pada hari ini juga diadakan pendaftaran untuk mereka yang berminat menyertai Rakan PID. Rakan PID merupakan kelab yang ditubuhkan oleh PID untuk pengguna-pengguna yang terdiri daripada pelajar-pelajar PID. Tujuan ditubuhkan rakan PID ialah supaya ahli-ahlinya dapat berkongsi maklumat, merapatkan hubungan silaturrahim antara komuniti dan menjalankan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat bersama PID.
Objektif Aktiviti:
·         Untuk mendekatkan PID dengan komuniti dan sebagai penghargaan kepada AJK PID dan pengguna-pengguna PID.
·         Sebagai satu alternatif untuk menarik minat lebih ramai pengguna-pengguna untuk melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh PID.
Aktiviti Yang Dilaksanakan:
·         Jamuan akhir tahun.
·         Pendaftaran Kelab Rakan PID dan pelajar PID 2008.
·         Pengumuman aktiviti-aktiviti 2008.
Kumpulan Sasaran:
Semua Pengguna PID (pelajar, belia, wargaemas, wanita, pendidik dan usahawan)
Cadangan dan Kesimpulan:
            Majlis ini mendapat sambutan daripada para pengguna. Dengan adanya program sebegini hubungan antara ahli dalam komuniti dapat dieratkan. PID juga dapat mendengar cadangan dan pendapat daripada ahli-ahli dalam komuniti setempat bagaimana memantap dan meningkatkan lagi perkhidmatan di PID.








No comments:

Post a Comment