BULAN 1
e-Perolehan di PID Kupang
ePerolehan ialah satu sistem perolehan elektronik yang membolehkan pembekal menjual barangan dan perkhidmatan kepada Kerajaan melalui Internet. Ia merupakan sistem perolehan elektronik yang menghubungkan pembekal dan Kerajaan bersama-sama di dalam persekitaran yang selamat dan terjamin. ePerolehan merupakan pelaksanaan salah satu program di bawah projek Kerajaan Elektronik yang ingin dilaksanakan oleh Kerajaan.
Commerce Dot Com adalah syarikat yang telah dilantik oleh Kerajaan
Kini PID Kupang telah dilantik oleh Commerce Dot Com sebagai salah satu Pusat Perkhidmatan ePerolehan (EPSP) yang menjalankan transaksi berhubung dengan pendaftaran dan urusan-urusan yang berkaitan dengan ePerolehan pada Ogos 2009.
BULAN 2
BAJA ORGANIK VERMIKOMPOS-
USAHAWAN PIDKUPANG
Produk usahawan KUSPID Kupang. Kepada yang berminat untuk medapatkan bekalan baja ini bolehlah menghubungi PID Kupang di talian 04-4761688 ataupun saudara Nor Hashimi di talian 019-4149277.
Baja yang baru diayak, yang mana baja ini sangat halus.
*Harga RM 4.50/kg dan bagi yang ingin membeli secara pukal harga boleh dirunding.
Baja yang baru diayak, yang mana baja ini sangat halus.
*Harga RM 4.50/kg dan bagi yang ingin membeli secara pukal harga boleh dirunding.
BULAN3
PRODUK TERBARU BERASASKAN HERBA
Produk-produk berasaskan herba ini adalah keluaran Syarikat Bumiputera iaitu Anugerah Rimba Enterprise yang mana merupakan ahli kepada kelab KUSPID Kupang. Dibawah ini adalah produk-produk yang dikeluarkan oleh syarikat.
1.Herba penawar kencing manis dan darah tinggi
2. Minyak panas Putera Rimba.
Dapat meredakan sakit dan sengal2 otot, sakit pinggang, senak ulu hati
kembung perut dan pening kepala, luka2 kecil dan gatal2 gigitan serangga
3. Bedak herba Putera Rimba
Dapat menghilangkan jerawat,jeragat,gatal2 muka,menegang dan dan menghilangkan
masalah muka berminyak dengan wangian menyegarkan
4. Minyak angin asli Putera Rimba
Digunakan untuk:
Kanak2 kencing malam, kembong perut, terseliuh, sakit pinggang
bengkak2 ringan, gatal2 serta kebas kaki tangan dan tersilap urat
5. Bedak penawar Puteri Mahligai
Merawat jerawat,jeragat,resdung dan bisul gatal2, penyakit kayap serta penyakit kulit
masalah kulit muka berminyak
6. Penawar resdung Putera Rimba
Jika anda berminat untuk mendapatkan produk-produk diatas bolehlah menghubungi KUSPID Kupang di talian 04-4761688
No comments:
Post a Comment