2006

LAPORAN
PID KUPANG
2006



LAPORAN PENGGUNA &
PENGGUNAAN
LAPORAN PENGGUNAAN DAN PENGGUNA
PD KUPANG 2006

PENGGUNAAN
6113
PENGGUNA
2074
PENGGUNA DILATIH
981
PENGGUNA BARU
806

AKTIVITI 2006







AKTIVITI-AKTIVITI 2006

1. KURSUS MEMBINA LAMAN WEB

Tarikh             :           25 April 2006, 2 Mei 2006 dan 9 Mei 2006
Masa               :           9.00 pagi hingga 12.00 tengahari (setiap sesi)
Tempat           :           Pusat Internet Desa Kupang

Pengenalan
Kursus membina laman web diadakan secara 3 peringkat iaitu selama 3 hari. Program ini diadakan khusus untuk golongan belia yang berminat untuk mempelajari cara-cara membina laman web.
Tujuan / Objektif
  • Memberi pendedahan kepada golongan belia tentang laman web dan cara-cara menghasilkan laman web sendiri.
  • Memberi pendekatan kepada golongan belia mengenai kreativiti minda seseorang dalam membuat perancangan sesuatu perkara atau matlamat.
  • Memupuk nilai-nilai murni seperti kerjasama dalam pasukan, kesabaran dan kesungguhan untuk mempelajari tentang sesuatu yang baru.
Kumpulan Sasaran
  • Golongan sasaran aktiviti ini ialah golongan belia (lepasan sekolah).
  • Peserta terdiri daripada golongan belia seramai 10 orang terdiri daripada 6 orang peserta lelaki dan 4 orang peserta perempuan.
Aktiviti yang dijalankan
- Membuat PENGUJIAN kemahiran asas membina laman web mengikut tahap:
  • Tahap pertama adalah asas pembelajaran Microsoft  Frontpage.
  • Tahap kedua adalah asas pembelajaran Marcomedia.
  • Tahap ketiga adalah gabungan Microsoft Frontpage dengan Marcomedia.
  • Tahap keempat adalah memasukkan design/rangka laman web ke dalam internet.
  • Tahap kelima adalah untuk menilai kecekapan mental dan kreativiti seseorang.
 -  Aktiviti dijalankan secara berperingkat-peringkat dalam masa 3 hari iaitu:
  • 25 April  2006 -  mencipta bingkai laman melalui Asas Microsoft Frontpage .
  • 2 Mei  2006 -  memperlajari Asas Macromedia Swishmax.
  • 9 Mei  2006 -  untuk gabungan antara bingkai laman dengan bentuk flash dalam  menghasilkan laman web sendiri yang berkualiti.
Kesimpulan
Dengan adanya kursus ini, para peserta mendapat pendedahan awal mengenai cara-cara membina laman web. Semua peserta telah menunjukkan minat dan kesungguhan yang mendalam untuk mempelajari sesuatu yang baru. Kami berpendapat bahawa kursus seumpama ini wajar diadakan bukan sahaja kepada golongan belia tetapi pada masa akan datang akan turut diperkenalkan kepada kumpulan sasaran yang lain seperti wanita, warga emas, pelajar, pendidik dan usahawan.



  1. KURSUS PENYELENGGARAAN DAN RANGKAIAN KOMPUTER
Tarikh aktiviti            :           27 Mei 2006
Masa               :           9.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat           :           Pusat Internet Desa Kupang

Pengenalan
Kursus penyelenggaraan dan rangkaian komputer merupakan aktiviti kedua yang dijalankan oleh PID khusus untuk golongan belia. Kursus ini diadakan selama sehari di mana fokus utama adalah untuk memberi pendedahan kepada para peserta mengenai penyelenggaraan dan rangkaian komputer
Tujuan / Objektif
  • Memberi pendedahan kepada pengguna mengenai penyelenggaraan dan rangkaian komputer.
  • Melahirkan pengguna PID Kupang yang mempunyai kemahiran dalam bidang penyelenggaraan komputer dan rangkaian komputer.
  • Memupuk nilai-nilai murni seperti kerjasama dalam pasukan, kesabaran dan kesungguhan untuk mempelajari tentang sesuatu yang baru.
Kumpulan Sasaran
  • Kumpulan sasaran aktiviti ini ialah golongan belia.
  • Peserta yang menyertai aktiviti ini  seramai 7 orang. Kesemua peserta adalah lelaki.
Aktiviti yang dijalankan
  • Para peserta didedahkan secara teori dan praktikal mengenai penyelenggaraan dan sistem rangkaian.
  • Para peserta dibahagikan kepada dua kumpulan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti yang dijalankan.
  • Cara kerja penyelenggaraan komputer - buka casing, buka semua komponen dalam CPU, menyenaraikan nama komponen contohnya power supply, membuat pemasangan semuala CPU seperti sedia kala.
  • Cara kerja : sistem rangkaian komputer - bagaimana membuat RJ45, men'set'kan IP (internet protokol) membuat confugurasi sever ke pc, membuat confugurasi pc ke pc, membuat confugurasi pc ke share (printer dan scanner)


Kesimpulan
Dengan adanya kursus ini, para peserta mendapat pendedahan awal mengenai penyelenggaraan dan rangkaian komputer. Walaupun pembelajaran ini merupakan sesuatu yang baru, semua peserta telah menunjukkan minat dan kesungguhan yang mendalam untuk mempelajari sesuatu yang baru. Peserta bukan sahaja mendapat ilmu yang berguna malah melalui bengkel ini nilai-nilai murni seperti kerjasama dalam pasukan, sabar dan tekun dapat dipupuk. Dari tindakbalas dan keberkesanan aktiviti ini, kami berpendapat kursus/ aktiviti ini wajar diadakan sebagai aktiviti utama setiap tahun.

3. KURSUS PENGENALAN ICT DAN KOMPUTER PELAJAR PRA SEKOLAH

Tarikh             :           7 Ogos 2006 & 8 Ogos 2006
Masa               :           8.30 pagi hingga 11.30 pagi (setiap sesi)
Tempat           :           Pusat Internet Desa Kupang

Pengenalan
Program ini merupakan program kerjasama antara Sekolah Kebangsaan Syed Sheh Kupang dan PID Kupang. Program ini diadakan selama 2 sesi melibatkan 2 kelas prasekolah. Ini adalah atas permintaan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Syed Sheh Kupang. Pelajar-pelajar diiringi oleh guru kelas dan pembantu pengurusan murid prasekolah.
Tujuan / Objektif
  • Memberi pendedahan awal kepada pelajar prasekolah mengenai komputer dan teknologi maklumat.
  • Memupuk minat dan keinginan pelajar prasekolah untuk mempelajari mengenai komputer dan internet.
  • Memupuk nilai-nilai murni seperti kerjasama dalam pasukan, kesabaran dan kesungguhan untuk mempelajari tentang sesuatu yang baru.
Kumpulan Sasaran
  • Kumpulan sasaran aktiviti ini ialah golongan pelajar.
  • Peserta yang menyertai aktiviti ini  seramai 35 orang yang terdiri daripada 16 pelajar lelaki dan 19 orang pelajar perempuan. 3 orang guru pembimbing dan 2 orang pembantu prasekolah Sekolah Kebangsaan Syed Sheh Kupang juga telah menyertai program ini.
Aktiviti yang dijalankan
  • Aktiviti bermula di mana para pelajar diberikan penerangan mengenai perkakasan komputer, program Paint  dan  Ms Word.
·         Pelajar dibahagi kepada beberapa kumpulan dan menjalankan aktiviti seperti melukis menggunakan paint brush, menaip, mencari gambar dan sebagainya.
·         Setiap pelajar diberikan peluang menggunakan komputer dengan tunjuk ajar penyelia, penolong penyelia, guru prasekolah dan penolong prasekolah.



Kesimpulan

Aktiviti ini dapat dijalankan dengan jayanya kerana mendapat kerjasama sepenuhnya dari ibu bapa, pelajar, guru besar dan guru-guru Sekolah Kebangsaan Syed Sheh, Kupang, Kedah. Para pelajar pula menunjukkan minat yang mendalam untuk mempelajari mengenai komputer. Walaupun ia sesuatu yang baru, para pelajar mudah menguasai pembelajaran dan melibatkan diri dengan aktivti-aktivti yang diadakan. Kami amat berpuashati dengan aktiviti ini kerana sekurang-kurangnya kami berjaya memberi pendedahan awal dan memupuk minat kanak-kanak untuk mempelajari mengenai komputer.


4. PROGRAM BERSAMA PID
Tarikh             :           24 Jun 2006  dan 16 Ogos 2006
Tempat           :           Pusat Internet Desa Kupang dan sekitar kawasan Kupang.
Pengenalan
Program ini dilaksanakan selama 2 hari di mana untuk aktiviti ini penglibatan bukan sahaja daripada golongan belia dan pelajar malah kami juga berjaya menarik penglibatan kumpulan sasaran yang lain seperti wanita dan warga emas. PID juga mendapat kerjasama daripada Pejabat Pos Kupang di mana aktiviti promosi seperti edaran pamplet juga dibuat oleh kakitangan pos.
Tujuan / Objektif
  • Mendekatkan PID dengan penduduk setempat di mana melibatkan penglibatan dan kerjasama dengan pengguna-pengguna PID.
  • Memberi pendedahan dan maklumat (mempromosi) mengenai Pusat Internet Desa (PID) Kupang.
  • Menyebarkan informasi mengenai kepentingan komputer dan teknologi maklumat kepada penduduk setempat.
Kumpulan Sasaran
  • Kumpulan sasaran adalah semua kategori pengguna yang terdiri daripada golongan pelajar, belia, wargaemas, pendidik dan usahawan.
  • Peserta yang menyertai aktiviti tersebut seramai 22 orang terdiri daripada 18 orang peserta perempuan dan 4 orang peserta lelaki.
Aktiviti yang dijalankan
·         Membuat pamplet dan banner untuk tujuan promosi kepada pengguna. Aktiviti dijalankan secara berkumpulan.
·         Mengedar pamplet yang telah dibuat untuk tujuan mempromosikan PID.
·         Edaran juga dibuat dengan kerjasama Pos Malaysia dan peserta-peserta yang terlibat dalam program ini kepada penduduk-penduduk Kupang dan kawasan sekitarnya.




Kesimpulan

Melalui aktiviti ini, kami mendapat kerjasama sepenuhnya daripada peserta yang terbabit di mana para peserta bukan sahaja menghulurkan bantuan dari segi tenaga malah mereka memberikan sumbangan idea untuk mempromosikan lagi PID ini.

5. PROGRAM SETULUS KASIH
Tarikh aktiviti dijalankan
  • 24 September 2006 (Majlis Pembukaan)
  • 20 Oktober 2006 (Majlis Penutup dan Penyampaian sijil dan cenderahati)
Tempat
Masjid Ehsaniah Kupang
*Majlis Tadarus Al-Quran ini berlangsung dari 24 September (1 Ramadhan sehingga 20 Oktober 2006 (27 Ramadhan).
Pengenalan
Program Setulus Kasih iaitu Majlis Tadarus Al-Quran diadakan sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak. Program ini merupakan kerjasama antara PID Kupang dengan Masjid Ehsaniah Kupang. Program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan walaupun program ini merupakan kerjasama pertama diadakan antara PID Kupang dan Masjid Ehsaniah Kupang. PID berjaya menarik hampir 100 orang peserta yang terdiri daripada semua kumpulan sasaran seperti golongan belia, pelajar, warga emas dan wanita.
Tujuan / Objektif
  • Mendekatkan PID dengan penduduk setempat di mana melibatkan penglibatan dan kerjasama dengan komuniti setempat.
  • Mengalakkan pembacaan Al-Quran di kalangan warga emas, wanita, belia dan pelajar sekolah.
  • Menjadikan PID Kupang sebagai medium perantara antara masyarakat dengan organisasi-organisasi lain seperti masjid.
  • Mewujudkan kerjasama dan hubungan akrab antara PID Kupang dengan ahli jawatankuasa Masjid Ehsaniah Kupang.
Kumpulan Sasaran
  • Kumpulan sasaran adalah golongan pelajar, belia, wargaemas dan wanita.
  • Peserta yang menyertai aktiviti ini adalah seramai 98 orang terdiri daripada 56 orang peserta lelaki dan 42 orang peserta perempuan. Peserta mengikut kategori
Warga Emas
31
Pelajar
38
Belia
21
Wanita
8

Aktiviti yang dijalankan
·         Pendaftaran para peserta yang berminat untuk enyertai program ini diadakan  pada awal September. Promosi dibuat oleh PID Kupang dan Masjid Ehsaniah Kupang.
·         Aktiviti dijalankan setiap malam selepas solat tarawikh diketuai oleh ketua yang dilantik mengikut kategori masing-masing. Ahli-ahli Jawatankuasa Masjid Ehsaniah bertanggungjawab menjadi ketua bagi setiap kategori iaitu Warga Emas, Belia, Pelajar dan Wanita.
·         PID Kupang bertanggungjawab mencari peserta-peserta yang berminat untuk menyertai Majlis Tadarus Al-Quran dan mencari penaja-penaja yang berminat untuk memberi sumbangan mereka bagi menaja cenderahati dan makan minum para peserta.Pihak penaja terdiri daripada orang perseorangan dan syarikat-syarikat swasta.PID Kupang juga bertanggungjawab untuk menyediakan sijil dan cenderahati untuk para peserta yang terlibat.
Kesimpulan
Aktiviti yang diadakan sempena bulan Ramadhan ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada masyarakat setempat yang terdiri daripada ahli-ahli PID Kupang. Melalui aktiviti ini kami dapat bertindak sebagai medium perantara antara masyarakat setempat dengan masjid. Kami juga dapat mewujudkan hubungan kerjasama di antara PID Kupang dengan AJK masjid di mana melalui hubungan yang terjalin, AJK masjid dapat membantu PID menarik golongan warga emas dan wanita yang merupakan ahli masjid untuk menjadi pengguna PID. Selain mendapat keberkatan di bulan Ramadhan, program ini dapat mewujudkan hubungan harmoni sesama para peserta.

6. BENGKEL

Tarikh aktiviti dijalankan
Bulan Ogos, September, November dan Disember 2006
Tempat
Pusat Internet Desa Kupang
Pengenalan
Bengkel merupakan aktiviti yang diadakan setiap bulan di Pusat  Internet Desa Kupang. Bengkel akan diadakan mengikut tarikh yang telah ditetapkan mengikut kumpulan sasaran seperti wanita, pelajar, belia, warga emas, usahawan dan pendidik. Kandungan bengkel adalah mengenai komputer dan teknologi malumat dan isu-isu semasa.
Objektif/ Tujuan Bengkel
  • Memberi pendedahan dan menyebar maklumat mengenai komputer dan teknologi maklumat kepada masyarakat.
  • Menarik penglibatan dan mempertingkatkan pemahaman golongan sasaran terhadap perkembangan dan peranan komputer dan teknologi maklumat serta isu-isu semasa.
  • Memupuk minat dan keinginan golongan sasaran untuk mempelajari komputer dan teknologi maklumat.
Kumpulan Sasaran
Kumpulan sasaran terdiri daripada 7 kategori iaitu pelajar, belia, wanita, pendidik, wargaemas, petani dan kakitangan kerajaan.
Aktiviti yang dijalankan
            Satu tajuk pengisian akan dipilih untuk diadakan di dalam setiap bengkel. Aktiviti-aktiviti yang diadakan di dalam setiap bengkel adalah seperti mempelajari program-program komputer yang telah ditetapkan, perbincangan dalam kumpulan, perbentangan hasil kerja, pencarian maklumat dan sebagainya.
Kesimpulan
            Melalui bengkel yang diadakan oleh PID Kupang, kami berjaya menarik penglibatan kumpulan sasaran di samping dapat memberi pendedahan mengenai komputer dan teknologi maklumat.

BENGKEL YANG TELAH DIJALANKAN SEPANJANG 2006


OGOS
2006



1.    Bengkel Belia – Asas Membina Laman Web Menggunakan Ms Front Page
     (3 Ogos 2006)
2.    Bengkel Wanita – Keperluan Internet Dalam Kehidupan Wanita (14 Ogos 2006)
3.    Bengkel Usahawan – Keperluan Internet Dalam Kehidupan Kita (22 Ogos 2006)
4.    Bengkel Warga Emas – Asas Komputer dan Internet (15 Ogos 2006)
5.    Bengkel Petani – Keperluan Internet Dalam Pertanian (23 Ogos 2006)


SEPTEMBER
2006

1.    Bengkel Belia – Internet: Peluang Pekerjaan dan Pengajian (14 Sept 2006)
2.    Bengkel Pelajar – Pengenalan Komputer dan Misrosoft Word (12 Sept 2006)


OKTOBER
2006

1.    Bengkel Pelajar – Pengenalan Komputer dan Ms Power Point (19 Okt 2006)
2.    Bengkel Usahawan – Internet dan Jualan Langsung (31 Oktober 2006)


NOVEMBER
2006

1.    Bengkel Belia – Internet dan Kepentingannya (29 November 2006)
2.    Bengkel Pelajar – Komputer, Internet dan Kepentingannya (28 Nov 2006)


DISEMBER
2006

1.    Bengkel Pelajar – Komputer, Internet dan Kepentingannya (11 Dis 2006)
2.    Bengkel Belia – Kepentingan Komputer dan Internet (12 Disember 2006)
3.    Bengkel Pendidik - Asas Komputer dan Ms Power Point (10 Disember 2006)






BENGKEL YANG TELAH DIJALANKAN MENGIKUT KATEGORI/BULAN
OGOS 2006

1.

Nama aktiviti      :Bengkel Belia
Tajuk Pengisian : Asas Membina Laman Web Menggunakan Ms Front Page
Tarikh aktiviti     : 3 Ogos 2006 (Khamis)
Masa                 : 3.00 petang – 5.00 petang
Kumpulan Sasaran: Golongan Belia
Jumlah peserta     : 6 orang

2.


Nama aktiviti     : Bengkel Wanita
Tajuk Pengisian : Keperluan Internet Dalam Kehidupan Wanita
Tarikh aktiviti     : 14 Ogos 2006 (Isnin)
Masa                  : 10.45 tengahari – 3.45 petang
Kumpulan Sasaran : Golongan Wanita
Jumlah Peserta       : 6 orang

3.

Nama aktiviti     : Bengkel Usahawan
Tajuk Pengisian : Keperluan Internet Dalam Kehidupan Kita
Tarikh aktiviti    : 22 Ogos 2006 (Selasa)
Masa                  : 2.00 petang – 5.00 petang
Kumpulan Sasaran : Golongan Usahawan
Jumlah Peserta       : 7 orang

4.


Nama aktiviti     : Bengkel Warga Emas
Tajuk Pengisian : Asas komputer dan internet
Tarikh aktiviti    : 15 Ogos 2006 (Selasa)
Masa                  : 2.00 petang – 4.45 petang
Kumpulan Sasaran : Golongan Warga Emas
Jumlah Peserta       : 7 orang


5.


Nama aktiviti     : Bengkel Petani
Tajuk Pengisian : Keperluan Internet Dalam Pertanian
Tarikh aktiviti    : 23 Ogos 2006 (Selasa)
Masa                  : 2.00 petang – 4.30 petang
Kumpulan Sasaran : Golongan Petani
Jumlah Peserta       : 4 orang


BENGKEL YANG TELAH DIJALANKAN MENGIKUT KATEGORI/BULAN
SEPTEMBER 2006

1.

Nama aktiviti    : Bengkel Belia
Tajuk Pengisian: Internet – Peluang Pekerjaan Dan Pengajian
Tarikh aktiviti  : 14 September 2006 (Khamis)
Masa                : 10.00 petang – 1.00 petang
Kumpulan Sasaran: Golongan Belia
Jumlah peserta  : 7 orang

2.

Nama aktiviti     : Bengkel Pelajar
Tajuk Pengisian : Pengenalan Komputer dan Ms Word
Tarikh aktiviti    : 12 September 2006 (Selasa)
Masa                  : 2.00 petang – 5.00 petang
Kumpulan Sasaran : Golongan Pelajar
Jumlah Peserta       : 5 orang



BENGKEL YANG TELAH DIJALANKAN MENGIKUT KATEGORI/BULAN
OKTOBER 2006

1.

Nama aktiviti    : Bengkel Pelajar
Tajuk Pengisian: Pengenalan Komputer Dan Ms Power Point
Tarikh aktiviti  : 19 Oktober 2006 (Khamis)
Masa                : 2.00 petang – 5.00 petang
Kumpulan Sasaran: Golongan Pelajar
Jumlah peserta  : 10 orang

2.

Nama aktiviti     : Bengkel Usahawan
Tajuk Pengisian : Internet & jualan langsung
Tarikh aktiviti    : 31 Oktober 2006 (Selasa)
Masa                  : 2.00 petang – 5.00 petang
Kumpulan Sasaran : Golongan Usahawan
Jumlah Peserta       : 5 orang


BENGKEL YANG TELAH DIJALANKAN MENGIKUT KATEGORI/BULAN
NOVEMBER 2006

1.

Nama aktiviti    : Bengkel Belia
Tajuk Pengisian: Internet dan Kepentingannya
Tarikh aktiviti  : 29 November 2006 (Rabu)
Masa                : 9.00 Pagi  – 1.00 petang
Kumpulan Sasaran: Golongan Belia
Jumlah peserta  : 12 orang


2.

Nama aktiviti     : Bengkel Pelajar
Tajuk Pengisian : Komputer, Internet dan Kepentingannya
Tarikh aktiviti    : 28 November 2006 (Selasa)
Masa                  : 9.00 petang – 1.00 petang
Kumpulan Sasaran : Golongan Pelajar
Jumlah Peserta       : 12 orang


BENGKEL YANG TELAH DIJALANKAN MENGIKUT KATEGORI/BULAN
DISEMBER 2006
1.
Nama aktiviti    : Bengkel Pelajar
Tajuk Pengisian: Komputer, Internet dan Kepentingannya
Tarikh aktiviti  : 11 Disember 2006 (Isnin)
Masa                : 9.00 Pagi  – 1.00 petang
Kumpulan Sasaran: Golongan Pelajar
Jumlah peserta  : 8 orang
2.
Nama aktiviti     : Bengkel Belia
Tajuk Pengisian : Kepentingan Komputer dan Internet
Tarikh aktiviti    : 12 Disember 2006 (Selasa)
Masa                  : 9.00 petang – 1.00 petang
Kumpulan Sasaran : Golongan Belia
Jumlah Peserta       : 8 orang
3.
Nama aktiviti     : Bengkel Pendidik
Tajuk Pengisian : Asas Komputer dan Ms Power Point
Tarikh aktiviti    : 10 Disember 2006 (Ahad)
Masa                  : 9.00 petang – 1.00 petang
Kumpulan Sasaran : Golongan Pendidik
Jumlah Peserta       : 5 orang


7.HARI BERSAMA KOMUNITI

Hari Bersama Komuniti diadakan sekali setiap bulan iaitu pada hari Sabtu. Pada Hari Bersama Komuniti, PID memberi peluang kepada pengguna untuk mendapat latihan mengenai komputer atau mendapatkan sebarang khidmat nasihat mengenai komputer dan teknologi maklumat. Bagi kelas komputer, keutamaan diberikan kepada mereka yang tidak berpeluang untuk mengikuti kelas pada hari biasa kerana bekerja atau pelajar yang tinggal di asrama.
Objektif/ Tujuan Hari Bersama Komuniti
  • Memberi pendedahan kepada penduduk setempat mengenai fungsi dan perkhidmatan di PID Kupang.
  • Memberi peluang kepada pengguna untuk mendapat khidmat nasihat mengenai komputer dan teknologi maklumat seperti mengenai perisian komputer, program komputer atau perkakasan komputer.
  • Memberi peluang kepada semua pengguna untuk mendapat latihan komputer dan menggunakan perkhidmatan di PID Kupang terutama pekerja kerajaan dan swasta dan juga pelajar sekolah berasrama yang mana mereka ini tidak berpeluang untuk menggunakan perkhidamatan pada hari biasa.
Tarikh Aktiviti
            Hari bersama Komuniti diadakan setiap bulan iaitu pada bulan Ogos, September, Oktober dan November 2006.
Tempat
Pusat Internet Desa Kupang
Kumpulan Sasaran
Kumpulan sasaran terdiri daripada 7 kategori iaitu pelajar, belia, wanita, pendidik, wargaemas, petani dan kakitangan kerajaan. Bilangan peserta kebiasaannya lebih dari 10 orang.
Aktiviti yang dijalankan
            Aktiviti-aktiviti yang diadakan ialah kelas komputer dan khidmat nasihat mengenai komputer seperti mengenai program komputer, perisian dan perkakasan komputer.
Kesimpulan
            Hari Bersama Komuniti merupakan salah satu alternatif PID untuk memberi peluang kepada penduduk sekitar mendapat latihan komputer dan khidmat komputer secara percuma di PID. Sambutan yang diterima setiap bulan adalah amat menggalakkan daripada semua golongan.

Perincian Program/ Aktiviti Hari Bersama Komuniti Yang Telah Diadakan:

1.

Nama aktiviti    : Hari Bersama Komuniti 1 (Ogos 2006)
Tajuk Pengisian: Khidmat Nasihat dan Latihan – Komputer dan Teknologi  
                            Maklumat
Tarikh aktiviti  : 26 Ogos 2006 (Sabtu)
Masa                : 8.30 Pagi  – 2.00 petang
Kumpulan Sasaran: Semua kategori (terbuka)
Jumlah peserta  : 20 orang

2.

Nama aktiviti    : Hari Bersama Komuniti 2 (September 2006)
Tajuk Pengisian: Khidmat Nasihat dan Latihan – Komputer dan Teknologi  
                            Maklumat
Tarikh aktiviti  : 16 September 2006 (Sabtu)
Masa                : 9.00 Pagi  – 2.00 petang
Kumpulan Sasaran: Semua kategori (terbuka)
Jumlah peserta  : 12 orang

3.

Nama aktiviti    : Hari Bersama Komuniti 3 (Oktober 2006)
Tajuk Pengisian: Khidmat Nasihat dan Latihan – Komputer dan Teknologi Maklumat
Tarikh aktiviti  : 14 Oktober 2006 (Sabtu)
Masa                : 8.30 Pagi  – 2.30 petang
Kumpulan Sasaran: Semua kategori (terbuka)
Jumlah peserta  : 34 orang



4.

Nama aktiviti    : Hari Bersama Komuniti 4 (November 2006)
Tajuk Pengisian: - Khidmat Nasihat dan Latihan – Komputer dan Teknologi  
                             Maklumat
Tarikh aktiviti  : 30 November 2006 (Khamis)
Masa                : 9.00 Pagi  – 2.00 petang
Kumpulan Sasaran: Semua kategori (terbuka)
Jumlah peserta  : 23 orang
** Hari Bersama Komuniti 4 sepatutnya berlangsung pada hari Sabtu minggu ke-2 November terpaksa ditangguh kerana gangguan bekalan elektrik.


No comments:

Post a Comment