2012

LAPORAN TAHUNAN
PID KUPANG 2012










LATAR BELAKANG PID KUPANG
Pusat Internet Desa Kupang ditubuhkan pada Oktober 2003 dan dibina bersebelahan Pejabat Pos Kupang. PID Kupang terletak di Pekan Kupang iaitu dalam Daerah Baling Kedah. PID Kupang ditubuhkan bertujuan untuk merapatkan jurang digital antara masyarakat luar bandar dengan masyarakat bandar. PID juga bertanggungjawab memperkenalkan ICT kepada orang ramai dan merapatkan jurang digital antara yang kaya ilmu pengetahuan dan yang kurang ilmu pengetahuan tentang ICT dan dunia siber masa kini.
PID Kupang diuruskan oleh Penyelia dan Penolong Penyelia. Sebuah Jawatankuasa Penyelaras PID yang mewakili setiap golongan komuniti juga ditubuhkan bagi tujuan mempromosi PID dan akan bekerjasama dengan PID dalam menjalankan aktiviti berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk dimanfaatkan oleh komuniti setempat
Alamat             :           Pusat Internet Desa Kupang, JKR 1474, Jalan Raya, 09200,
                                    Kupang, Kedah.
Telefon (P)      :           04-4761688
Email               :           pidkupang@yahoo.com
Web                 :           http://pidkupang.page.tl
Pengurus PID :          Shahiran Bin Mohamad Ali  (20 Disember 2004 hingga sekarang)                          






OBJEKTIF PID KUPANG

  • Merapatkan jurang digital di antara masyarakat bandar dan luar bandar di mana PID Kupang mensasarkan penduduk Kupang dan sekitarnya tanpa mengira peringkat umur, bangsa dan jantina celik komputer dan teknologi maklumat.
  • Menjadikan PID Kupang bukan sahaja sebagai pusat pembelajaran komputer dan teknologi maklumat yang utama malah sebagai tempat rujukan untuk mendapatkan sebarang khidmat nasihat berkaitan komputer dan teknologi maklumat.
  • Memberi pendedahan dan meningkatkan kesedaran komuniti setempat terhadap perkembangan ICT.
  • Menyebar dan berkongsi ilmu serta memberikan info-info terkini mengenai komputer dan teknologi maklumat dan isu-isu semasa kepada pengguna dan komuniti setempat.
  • PID menjadi medium perantara antara komuniti setempat dengan organisasi-organisasi lain seperti masjid, sekolah dan jabatan-jabatan kerajaan.
  • Sentiasa memberi tunjukajar, khidmat nasihat dan perkhidmatan yang terbaik kepada pengguna.
  • Memberi pendedahan dan meningkatkan penyertaan golongan sasaran terutamanya wanita, warga emas, pendidik, dan usahawan di PID Kupang


PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN OLEH PID KUPANG
1) Kursus Komputer dan Teknologi Maklumat
Kursus komputer adalah secara percuma dan terbuka kepada semua pengguna yang berumur 12 tahun ke atas. Peserta akan mengikuti kelas mengikut sesi pembelajaran yang ditetapkan oleh PID mengikut kelapangan dan kesesuaian masa para peserta. Peserta akan diberikan latihan mengikut modul yang telah disediakan dan akan diberikan sijil setelah lulus ujian. Kursus komputer yang diajar ialah:

·         Pengenalan Komputer dan Teknologi Maklumat
·         Ms Word 2012
·         Ms Excel 2012
·         Ms Power Point 2012
·         Internet
·         Photoshop 7.0
·         Photoscape/Audacity/PS Story
·         Ms Access 2012
·         Ms Publisher 2012
·         Ms Front Page
·         Macromedia Flash 4
·         Macromedia Swish Max
·         DHTML Script

Pengenalan Komputer dan Teknologi Maklumat, Ms Word, Ms Excel dan Ms Power Point merupakan program asas yang diajar kepada para peserta. Program-program lain merupakan program tambahan dan lanjutan yang ditawarkan oleh PID Kupang kepada pengguna yang berminat.
2) Melayari Internet dan Menggunakan Kemudahan Komputer
Pengguna boleh melayari internet dan menggunakan kemudahan komputer secara percuma dengan syarat pengguna hanya perlu mendaftar sebagai ahli PID. Setiap pengguna perlu menunjukkan kad ahli setiap kali menggunakan kemudahan ini.
3) Khidmat Nasihat Mengenai Komputer dan Teknologi Maklumat
Pengguna boleh mendapatkan khidmat nasihat mengenai komputer dan teknologi maklumat secara percuma daripada penyelia atau penolong contohnya mengenai e-aplikasi, perisian komputer, perkakasan komputer dan lain-lain.

4) Lain-lain Perkhidmatan Yang Disediakan:
·         Perkidmatan mencetak dokumen dan foto.
·         Perkhidmatan mengimbas (scan) dan burn CD.
·         Perkhidmatan menaip dokumen.
·         Perkhidmatan rekabentuk (design) kad kahwin, pamplet, kad nama, kad perniagaan dan lain-lain.
·         Perkhidmatan “laminate”.
·         Membina dan merekabentuk laman web.
·         Jualan komputer, laktop dan aksesori komputer.
** Lain-lain perkidmatan akan dikenakan harga yang berpatutan mengikut jenis perkhidmatan. Semua caj yang dikenakan akan disalurkan ke dalam akaun/tabung PID untuk tujuan kegunaan PID.

KEMUDAHAN/ KELENGKAPAN PID KUPANG
·         11 buah komputer.( 2 PC disumbangkan oleh commerc dot com dan 2PC disumbangkan Presariang Komputer )
·         2 laptop ( 1 Laptop telah dipinjamkan oleh Encik Faizan Bin Mohmood )
·         Sebuah pengimbas (scanner).
·         2 buah pencetak – Officejet J4660 All-in-One dan Canon MP258
·         Sebuah kamera digital.
·         Sebuah peti ais.
·         Sebuah mesin laminate.
·         Kemudahan fizikal yang lain seperti kerusi, meja dan almari.





WAKTU OPERASI
·         PID Kupang  dibuka dari  pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang dari hari ahad hingga rabu manakala hari khamis 8.00 pagi hingga 4.00 ptg.
·         PID Kupang bercuti pada hari jumaat dan sabtu serta cuti umum.
·         PID Kupang akan dibuka pada hari Sabtu sekiranya terdapat permintaan daripada pihak pengguna atau adanya kelas khas untuk mereka yang tidak dapat menghadiri kelas pada hari biasa.

KAEDAH OPERASI
·         Setiap pengguna PID samaada pengguna biasa atau pengguna dilatih perlu mendaftar sebagai ahli PID Kupang. Pengguna akan dikenakan yuran pendaftaran sebanyak RM10 seumur hidup dan diberikan kad ahli pengguna.
·         Setiap pengguna yang ingin menggunakan komputer di PID Kupang perlu menunjukkan kad ahli kepada penyelia atau penolong dan mengisi rekod kedatangan pengguna bagi tujuan Sistem Rekod PID Kupang.
·         Masa penggunaan komputer untuk setiap pengguna dihadkan maksimum hanya satu jam penggunaan. Ini kerana masalah kekurangan komputer dan ingin memberi peluang kepada pengguna lain supaya dapat menggunakan komputer. Namun jika terdapat kekosongan komputer, pengguna dibenarkan menggunakan komputer melebihi 1 jam dengan mendapat kebenaran daripada penyelia dan penolong terlebih dahulu.
·         Bagi pengguna dilatih masa latihan adalah 4 jam seminggu. Pelajar boleh memilih jadual yang ditetapkan mengikut masa kelapangan masing-masing. Pelatih dibenar menambah masa latihan dalam seminggu tertakluk kepada kekosongan tempat. Masa kelas latihan PID Kupang:
1 sesi = 2 jam
1 sesi = 2 jam
1 sesi = 2 jam
09.00 pagi – 11.00 pagi
11.00 pagi – 01.00 t/hari
03.00 ptg – 5.00 ptg

  • Promosi akan diadakan sepanjang tahun dari semasa ke semasa bertujuan untuk meningkatkan bilangan pengguna baru, memberi hebahan kepada komuniti setempat mengenai aktiviti/program semasa yang dianjurkan oleh PID dan menarik golongan sasaran terutamanya warga emas dan wanita untuk menggunakan kemudahan di PID. Promosi diadakan melalui edaran pamplet dan pemasangan kain rentang. Promosi dijalankan dengan kerjasama AJK Penyelaras PID dan kakitangan Pejabat Pos Kupang.
LAMAN WEB PID
PID Kupang mempunyai laman web sendiri iaitu http://pidkupang.page.tl  yang mempaparkan satu laman web yang berindentitikan tempatan di mana isi kandungannya menjurus kepada maklumat tempatan dan perihal PID. Maklumat-maklumat ini merangkumi maklumat tentang sejarah tempatan, wanita, warga emas, belia, kesihatan, pendidikan, keusahawanan, pelancongan dan organisasi tempatan. Laman web akan dikemaskini dari semasa ke semasa untuk memberikan info terkini kepada komuniti.
KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran dibahagikan kepada enam kategori utama iaitu belia, pelajar, wanita, warga emas, pendidik dan usahawan. Promosi sentiasa dilakukan terutamanya kepada golongan wanita, warga emas dan usahawan untuk memberi pendedahan kepada golongan ini mengenai kepentingan komputer dan teknologi maklumat dan menggalakkan mereka menggunakan kemudahan di PID. Antara penekanan/ cara yang dilakukan ialah:
  • Mengadakan kelas khas.
  • Mengadakan bengkel di mana pengisiannya menggabungkan antara teknologi maklumat dan isu berkaitan golongan terbabit. Contohnya bagi golongan wanita, PID mengadakan bengkel di mana tajuk utama dikhususkan mengenai pencarian maklumat melalui internet mengenai masakan dan hal-hal berkaitan wanita.
  • Memberikan kemudahan pencarian maklumat secara individu.
  • Memberikan khidmat nasihat ICT secara percuma.
  • Mengadakan kerjasama dengan agensi-agensi tertentu untuk menarik penglibatan mereka dalam aktiviti-aktiviti yang diadakan oleh PID seperti mengadakan kerjasama dengan masjid dan surau untuk menarik golongan wanita dan warga emas, PIBG sekolah untuk menarik golongan pendidik dan ibu bapa dan agensi-agensi kerajaan untuk menarik golongan kakitangan kerajaan.


PROGRAM/ AKTIVITI PEMBUDAYAAN ICT PID KUPANG

Secara umumnya, aktiviti/program ini dijalankan oleh Pusat Internet Desa Kupang sebagai satu usaha mencapai objektif PID Kupang. Dengan adanya aktiviti-aktiviti ini, ia dapat mendekatkan PID dengan komuniti setempat, memberi pendedahan kepada masyarakat tentang fungsi dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh PID, memberi pendedahan dan menarik minat masyarakat mengenai komputer dan ICT, menyebar maklumat dan menggalakkan perkongsian ilmu.
Antara aktiviti/ program yang dijalankan setiap tahun ialah:
  • Kelas latihan komputer secara percuma.
  • Bengkel yang diadakan mengikut kategori/kumpulan sasaran seperti pelajar, belia, wanita, warga emas, pendidik, dan usahawan.
  • Aktiviti-aktiviti yang terbuka kepada semua golongan bertujuan memupuk kerjasama dan menjalin hubungan erat sesama komuniti setempat.
  • Hari Bersama Komuniti diadakan pada hari sabtu untuk memberi peluang kepada pengguna yang tidak dapat hadir pada hari bekerja biasa contohnya pelajar sekolah berasrama dan kakitangan kerjaan. Pada Hari Bersama Komuniti juga, pengguna boleh mendapat khidmat nasihat dan latihan berkhaitan komputer dan teknologi maklumat secara percuma.

Untuk melibatkan penglibatan masyarakat setempat, PID biasanya melakukan kerjasama dengan ketua-ketua kampung, ahli jawatankuasa masjid dan surau, PIBG sekolah dan agensi-agensi kerajaan dengan menganjurkan aktiviti secara bersama.





PENJANAAN KEWANGAN DAN PERANCANGAN KEWANGAN

PID Kupang mendapat sumber kewangan daripada yuran keahlian yang dikenakan ke atas pengguna yang berdaftar sebagai ahli PID Kupang. PID Kupang juga mengenakan sedikit bayaran untuk pengguna dilatih melalui jualan modul. Selain itu perkidmatan-perkidmatan yang dapat menyumbang kepada sumber kewangan PID ialah:
·         Perkhidmatan mengimbas (scan) dan burn CD.
  • Perkidmatan mencetak dokumen dan foto.
·         Perkhidmatan menaip dokumen.
·         Perkhidmatan rekabentuk (design) kad kahwin, pamplet, kad nama, kad perniagaan dan lain-lain.
·         Perkhidmatan “laminate”.
·         Membina dan merekabentuk laman web.
·         Jualan komputer, laktop dan aksesori komputer.
·         Jualan modul dan buku-buku berkaitan komputer dan teknologi maklumat.
Mulai tahun 2007, PID Kupang mengadakan kerjasama dengan syarikat komputer yang telah dipilih untuk membuat jualan komputer dan laktop. Ini bertujuan untuk meningkatkan lagi pendapatan dan mencari lebih dana untuk tabung PID. Perkidmatan – perkhidmatan di atas akan dikenakan harga yang berpatutan mengikut jenis perkhidmatan. Semua caj yang dikenakan akan disalurkan ke dalam akaun/tabung PID untuk tujuan kegunaan PID seperti pembelian alatulis dan peralatan PID dan sebagai dana ketika menjalankan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh PID.








































No comments:

Post a Comment