2008

LAPORAN 2008
PUSAT INTERNET DESA
KUPANG






ISI KANDUNGAN


LATARBELAKANG                                                           

PERHIDMATAN YANG DITAWARKAN PID                           

AKTIVITI 2008                                                                    

JUMLAH KEAHLIAN                                                                  

JUMLAH KEAHLIAN KELAB USAHAWAN SOSIAL  

JUMLAH PENGGUNAAN E-PERKHIDMATAN            

PERANCANGAN AKTIVITI 2009                                              




LATAR BELAKANG PID KUPANG
Pusat Internet Desa Kupang ditubuhkan pada Oktober 2003 dan dibina bersebelahan Pejabat Pos Kupang. PID Kupang terletak di Pekan Kupang iaitu dalam Daerah Baling Kedah. PID Kupang ditubuhkan bertujuan untuk merapatkan jurang digital antara masyarakat luar bandar dengan masyarakat bandar. PID juga bertanggungjawab memperkenalkan ICT kepada orang ramai dan merapatkan jurang digital antara yang kaya ilmu pengetahuan dan yang kurang ilmu pengetahuan tentang ICT dan dunia siber masa kini.
PID Kupang diuruskan oleh Penyelia dan Penolong Penyelia. Sebuah Jawatankuasa Penyelaras PID yang mewakili setiap golongan komuniti juga ditubuhkan bagi tujuan mempromosi PID dan akan bekerjasama dengan PID dalam menjalankan aktiviti berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk dimanfaatkan oleh komuniti setempat
Alamat                        :           Pusat Internet Desa Kupang, JKR 1474, Jalan Raya, 09200,
                                    Kupang, Kedah.
Telefon (P)      :           04-4761688
Email               :           pidkupang@yahoo.com
Web                 :           http://kupang.pid.net.my
Penyelia           :          
Pen. Penyelia   : Shahiran Bin Mohamad Ali  (20 Disember 2004 hingga sekarang)                         




OBJEKTIF PID KUPANG

  • Merapatkan jurang digital di antara masyarakat bandar dan luar bandar di mana PID Kupang mensasarkan penduduk Kupang dan sekitarnya tanpa mengira peringkat umur, bangsa dan jantina celik komputer dan teknologi maklumat.
  • Menjadikan PID Kupang bukan sahaja sebagai pusat pembelajaran komputer dan teknologi maklumat yang utama malah sebagai tempat rujukan untuk mendapatkan sebarang khidmat nasihat berkaitan komputer dan teknologi maklumat.
  • Memberi pendedahan dan meningkatkan kesedaran komuniti setempat terhadap perkembangan ICT.
  • Menyebar dan berkongsi ilmu serta memberikan info-info terkini mengenai komputer dan teknologi maklumat dan isu-isu semasa kepada pengguna dan komuniti setempat.
  • PID menjadi medium perantara antara komuniti setempat dengan organisasi-organisasi lain seperti masjid, sekolah dan jabatan-jabatan kerajaan.
  • PID Kupang melalui Kelab Usahawan PID Kupang:
Ø  Meluaskan jangkauan perkhidmatan PID kepada masyarakat setempat seterusnya memperkasakan masyarakat untuk melakukan aktiviti yang memberi impak positif kepada sosial, ekonomi dan alam sekitar mereka;
Ø  Untuk membantu masyarakat memahami konsep keusahawanan sosial;
Ø  Sebagai platform untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan
             berkaitan keusahawanan sosial;
Ø  Untuk melahirkan usahawan-usahawan baru termasuk usahawan sosial.

KURSUS KOMPUTER YANG DITAWARKAN


n  Pengenalan Komputer Dan Teknologi Maklumat
n  Ms Word
n  Ms Excel
n  Ms Power Point
n  Internet Dan Aplikasi
n  Ms Access
n  Ms Publisher
n  Ms Front Page
n  Macromedia Flash 4
n  Macromedia Swish Max
n  Blog
n  Windows Movie Maker


KEMUDAHAN/ KELENGKAPAN PID KUPANG
·         Tujuh buah komputer.
·         2 buah laptop.
·         Sebuah pengimbas (scanner).
·         Empat buah pencetak – 2 unit HP laserjet 1300, 1 unit HP 3550 dan 1 unit Canon IP 1880.
·         Sebuah kamera digital.
·         Empat buah blackout buster.
·         Sebuah peti ais.
·         Sebuah mesin laminate.
·         Kemudahan fizikal yang lain seperti kerusi, meja dan almari.
·         Projektor
·         Sebuah mesin faks

WAKTU OPERASI
·         PID Kupang  dibuka dari  pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang dari hari ahad hingga khamis.
·         PID Kupang bercuti pada hari jumaat dan sabtu serta cuti umum.



PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN OLEH PID KUPANG
1) Kursus Komputer dan Teknologi Maklumat
Kursus komputer adalah secara percuma dan terbuka kepada semua pengguna yang berumur 12 tahun ke atas. Peserta akan mengikuti kelas mengikut sesi pembelajaran yang ditetapkan oleh PID mengikut kelapangan dan kesesuaian masa para peserta. Peserta akan diberikan latihan mengikut modul yang telah disediakan dan akan diberikan sijil setelah lulus ujian. Kursus komputer yang diajar ialah:

·         Pengenalan Komputer dan Teknologi Maklumat
·         Ms Word
·         Ms Excel
·         Ms Power Point
·         Internet
·         Ms Access
·         Ms Publisher
·         Ms Front Page
·         Macromedia Flash 4
·         Macromedia Swish Max
·         DHTML Script

Pengenalan Komputer dan Teknologi Maklumat, Ms Word, Ms Excel dan Ms Power Point merupakan program asas yang diajar kepada para peserta. Program-program lain merupakan program tambahan dan lanjutan yang ditawarkan oleh PID Kupang kepada pengguna yang berminat.
2) Melayari Internet dan Menggunakan Kemudahan Komputer
Pengguna boleh melayari internet dan menggunakan kemudahan komputer secara percuma dengan syarat pengguna hanya perlu mendaftar sebagai ahli PID. Setiap pengguna perlu menunjukkan kad ahli setiap kali menggunakan kemudahan ini.
3) Khidmat Nasihat Mengenai Komputer dan Teknologi Maklumat
Pengguna boleh mendapatkan khidmat nasihat mengenai komputer dan teknologi maklumat secara percuma daripada penyelia atau penolong contohnya mengenai e-aplikasi, perisian komputer, perkakasan komputer dan lain-lain.

4) Lain-lain Perkhidmatan Yang Disediakan:
·         Perkidmatan mencetak dokumen dan foto.
·         Perkhidmatan mengimbas (scan) dan burn CD.
·         Perkhidmatan menaip dokumen.
·         Perkhidmatan rekabentuk (design) kad kahwin, pamplet, kad nama, kad perniagaan dan lain-lain.
·         Perkhidmatan “laminate”.
·         Membina dan merekabentuk laman web.
·         Jualan komputer, laktop dan aksesori komputer.
·         Jualan barang-barang IKS/produk tempatan.
·         Promosi barang-barang IKS/produk tempatan
** Lain-lain perkidmatan akan dikenakan harga yang berpatutan mengikut jenis perkhidmatan. Semua caj yang dikenakan akan disalurkan ke dalam akaun/tabung PID untuk tujuan kegunaan PID.










PERANCANGAN 2009

1. BENGKEL KESEDARAN ICT

Program Kesedaran ICT akan dijalankan setiap dua bulan sekali dari bulan Januari 2009-Disember 2009. PID Kupang akan mengadakan program/ kursus yang telah dipilih oleh PID untuk disertai oleh pengguna-pengguna dan akan menjalankan aktiviti-aktiviti tersebut mengikut kumpulan sasaran (pelajar, belia, dewasa, pendidik, usahawan dan warga emas). Program ini dilaksanakan bertujuan untuk menarik minat dan keinginan golongan sasaran untuk mempelajari komputer dan teknologi maklumat, membolehkan pengguna mempelajari secara asas program-program komputer dalam masa yang singkat dan sebagai satu cara memberi pendedahan dan penyebaran maklumat terkini mengenai komputer dan teknologi maklumat kepada masyarakat.

Tarikh dirancang: Januari, Mac, Mei, Julai, September, November 2009
Kumpulan Sasaran: Semua kumpulan Sasaran (Pelajar, Belia, Dewasa, Warga Emas, Pendidik, Usahawan.


2. GOTONG ROYONG PID BERSAMA PEJABAT POS KUPANG

            Aktiviti anjuran bersama PID Kupang dan Pejabat Pos Kupang diadakan bertujuan untuk menjaga kebersihan, menambahkan keceriaan serta kecantikan kawasan PID dan kawasan Pejabat Pos Kupang di samping untuk mengeratkan hubungan mesra di antara PID Kupang dan kakitangan Pejabat Pos Kupang dengan komuniti setempat.
Tarikh dirancang: Februari 2009
Kumpulan Sasaran: Semua kumpulan Sasaran (Pelajar, Belia, Dewasa, Warga Emas, Pendidik, Usahawan.




3. MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL KURSUS KOMPUTER

            Majlis Penyampaian Sijil Kursus Komputer kepada pelatih-pelatih Pusat Internet Desa Kupang diadakan sebagai acara tahunan di mana penganugerahan sijil akan diberikan kepada pelajar-pelajar yang telah menamatkan kursus komputer dan telah lulus Ujian Persijilan yang telah diadakan oleh PID Kupang. Penganugerahan sijil juga turut diberikan kepada mereka yang telah melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti dan bengkel-begkel yang dianjurkan oleh PID Kupang sepanjang tahun.

Tarikh dirancang: Jun dan Disember 2009
Kumpulan Sasaran: Semua kumpulan Sasaran (Pelajar, Belia, Dewasa, Warga Emas, Pendidik, Usahawan.


4. HARI BERSAMA KOMUNITI

Hari Bersama Komuniti diadakan bertujuan untuk memberi peluang kepada masyarakat untuk mendapatkan khidmat nasihat berkaitan komputer/ teknologi maklumat. Aktiviti ini dijalankan secara terbuka kepada semua pengguna yang berminat untuk menggunakan kemudahan di PID.
Tarikh dirancang: Sabtu minggu kedua Mac, Jun, September dan Disember
Kumpulan Sasaran: Semua kumpulan Sasaran (Pelajar, Belia, Dewasa, Warga Emas, Pendidik, Usahawan.


5. BENGKEL KEUSAHAWANAN

            Bengkel ini terbuka kepada usahawan atau mereka yang beminat untuk menceburi bidang keusahawanan. Pengisian adalah mengenai penyediaan kertas kerja, penyediaan akaun dan hal-hal yang berkaitan keusahawanan.
Tarikh dirancang: Februari, April, Jun 2009
Kumpulan Sasaran: Usahawan.


6. PROGRAM SAMBUTAN KEMERDEKAAN

            Program ini diadakan sempena sambutan kemerdekaan Malaysia. Antara aktiviti yang dirancang ialah pertandingan mewarna kanak-kanak, ciptaan sajak, menulis esei, kuiz dan lain-lain. Aktiviti-aktiviti ini diadakan sebagai tanda penghargaan dan terima kasih PID Kupang terhadap negara dan sebagai satu cara penghargaan dan mengajak masyarakat setempat untuk sama-sama menyambut kemerdekaan.
Tarikh dirancang: Ogos 2009
Kumpulan Sasaran: Pelajar dan Belia

7. HARI TERBUKA PID

            Hari Terbuka PID merupakan satu acara tahunan yang diadakan bertujuan memberi peluang kepada pengguna PID dan masyarakat setempat melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti PID, mempromosikan PID dan sebagai platform untuk usahawan-usahawan memperkenalkan dan mempromosikan produk mereka. Antara aktiviti-aktiviti yang dirancang ialah pameran produk IKS, pameran agensi-agensi kerajaan, sukaneka, kuiz, cabutan bertuah dan lain-lain.

Tarikh dirancang: Mei 2009
Kumpulan Sasaran: Semua kumpulan Sasaran (Pelajar, Belia, Dewasa, Warga Emas, Pendidik, Usahawan.

LAPORAN GEW –
Global Enterpenuer Week


Tarikh            : 17/11/2008 (Isnin)
Masa               : 9.00 Pagi hingga 11.00 Pagi
Aktiviti           : Taklimat Karnival Keusahawanan Sosial 2008 dan Pendaftaran Peserta

Masa
Laporan Perkara/Aktiviti
Tindakan
9.00 – 9.15 Pagi
Ucapan aluan dari Pengerusi PID Tn Hj Yahya Bin Abdul Rahman dan seterusnya merasmikan Karnival Usahawan PID Kupang 2008.
Pengerusi PID
9.15 – 9.30 Pagi
Penerangan tentatif program karnival dari 17-23 November 2008 kepada semua AJK PID Kupang dan AJK Kelab Usahawan Kupang.
Penyelia
9.30 -10.00 Pagi
Sesi perbincangan dengan AJK PID Kupang dan AJK Kelab Usahawan Kupang.
AJK
10.00 – 11.00 Pagi
-             Pandaftaran peserta-peserta yang menyertai bengkel.
Penyelia dan Penolong



Tarikh            : 17/11/2008 (Isnin)
Masa               : 11.00 Pagi hingga 1.45  Petang
Aktiviti           :  Penerangan mengenai minisite dan blog KUS Kupang

Masa
Laporan Perkara/Aktiviti
Tindakan
11.00 – 11.30 Pagi
Penerangan mengenai minisite PID Kupang iaitu tentang kandungan minisite, cara memasukkan artikel dan maklumat serta proses-proses pencarian maklumat.
Penyelia
11.30 – 12.00 Tgh
Penerangan mengenai blog Kelab Usahawan PID Kupang iaitu tentang kandungan dan proses-proses pencarian maklumat. Pengerusi KUS juga memberi taklimat mengenai perkembangan terbaru mengenai aktiviti-aktiviti di bawah KUS.
Pengerusi KUS
12.00 -12.45 Tgh
Perbincangan mengenai KUS Kupang iatu berkisar tentang promosi, aktiviti-aktiviti dan penjanaan dana kewangan.
AJK KUS Kupang
12.45 Tgh- 1.45 Ptg
-             Jamuan makan
Penolong






Tarikh            : 17/11/2008 (Isnin)
Masa               : 2.00 Petang – 5.00 Petang
Aktiviti           :  Khidmat Nasihat Usahawan

Masa
Laporan Perkara/Aktiviti
Tindakan
2.00 -5.00 Ptg
Khidmat Nasihat Usahawan diadakan bertujuan untuk membantu dan memberi khidmat nasihat kepada ahli-ahli KUS PID Kupang. Skop tajuk perbincangan pada slot ini ialah mengenai:
1)      Penyediaan kertas kerja
2)      Penyediaan penyata kewangan/ perakaunan
3)      Sumber-sumber modal/pinjaman
4)      Perniagaan secara online
Aktiviti ini dilakukan secara bersemuka di mana ahli-ahli KUS yang mempunyai permasalahan berkaitan tajuk perbincangan akan mengutarakan soalan dan akan diberi tunjuk ajar oleh Penyelia, Penolong dan Timbalan Pengerusi PID, En Abdullah Bin Hassan. Kami juga telah mendapat bantuan dari En.Syahar Barkat Ali yang juga ahli KUS untuk membantu ahli-ahli KUS yang lain.
Peserta yang terlibat adalah 6 orang.
Penyelia
Penolong
Timbalan Pengerusi PID


Tarikh            : 18/11/2008 (Selasa)
Masa               : 9.00 Pagi – 11.00 Pagi
Aktiviti           : Bengkel Mengenal Komuniti

Masa
Laporan Perkara/Aktiviti
Tindakan
9.00 -10.00 Pagi
Sesi 1
Teknik yang digunakan untuk slot ini ialah Diagram Viagram di mana aktiviti ini adalah untuk mengenalpasti siapa individu/komuniti/persatuan/persatuan-persatuan yang mempunyai peranan di dalam komuniti KUS PID Kupang dan kekerapan KUS Kupang berinteraksi dengan mereka seterusnya melihat pengaruh mereka terhadap KUS Kupang.
Peserta: 5 orang

Penyelia
Penolong

10.00 -11.00 Pagi
Sesi 2
Teknik yang digunakan untuk slot ini ialah Pohon Masalah/ Peluang. Aktiviti ini diadakan bertujuan untuk mengenalpasti masalah dan peluang yang ada di dalam kelompok komuniti dengan lebih mendalam. Melalui aktiviti ini peserta dapat berbincang bagaimana terjadinya masalah/peluang dan akibat dari masalah/peluang tersebut.
Peserta: 5 orang

Penyelia
Penolong



Tarikh            : 18/11/2008 (Selasa)
Masa               : 2.00 Petang -5.00 Petang
Aktiviti           :  Tayangan Digital Story Telling (DST)

Masa
Laporan Perkara/Aktiviti
Tindakan
2.00 - 5.00 Ptg
Tayangan slaid DST adalah mengenai kisah kejayaan usahawan Kupang dan ahli-ahli KUS PID lain. Objektif tayangan ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para usahawan dan bakal usahawan serta menyuntik semangat mereka untuk berjaya.
Penyelia
Penolong








Tarikh            : 19/11/2008 (Rabu)
Masa               : 9.00 – 12.30 Tgh
Aktiviti           :  Bengkel DST (Digital Story Telling)  

Masa
Laporan Perkara/Aktiviti
Tindakan
9.00 – 9.15 Pagi
Penerangan mengenai DST dengan menggunakan windows movie maker.
Penyelia
Penolong

9.15 -11.30 Pagi
Peserta memulakan penghasilan DST masing-masing dengan tunjukajar daripada penyelia dan penolong. Peserta diajar cara-cara memasukkan gambar, muzik dan video seterusnya menghasilkan satu DST menggunakan movie maker mengikut kreativiti masing-masing.
Penyelia
Penolong

11.30– 12.30 T/hari
Peserta mempersembahkan movie maker yang telah dihasilkan.
Jumlah Peserta: 6 orang
Penyelia
Penolong




Tarikh            : 19/11/2008
Masa               : 2.00 Petang – 5.00 Petang
Aktiviti           :  Bengkel Flickr

Masa
Laporan Perkara/Aktiviti
Tindakan
2.00 -2.15 Ptg
Penerangan mengenai Flickr.
Penyelia
Penolong

2.15 – 3.00 Ptg
Peserta diajar cara-cara mencari gambar di dalam internet. Kemudian diajar cara-cara mengambil gambar dengan menggunakan kamera digital dan kemudiannya memindahkannya ke dalam komputer. Tujuan aktiviti ini untuk memudahkan cara memasukkan gambar ke dalam flickr.
Penyelia
Penolong

3.00 – 4.30 Ptg
Peserta mempraktikkan apa yang dipelajari di dalam flickr masing-masing.
Penyelia
Penolong

4.30 – 5.00 Ptg
Peserta mempersembahkan hasil kerja masing-masing.
Peserta: 5 orang
Penyelia
Penolong







Tarikh            : 20 /11/2008 (Khamis)
Masa               : 9.00 Petang–2.00 Petang
Aktiviti           :  Bengkel Blog (Sesi 1)

Masa
Laporan Perkara/Aktiviti
Tindakan
9.00– 9.20 Pagi
Pendaftaran para peserta dan sesi kenal mesra antara peserta terlibat.
Peserta: 5 orang
Penyelia
Penolong

9.20  – 9.45 Pagi
Pengenalan kepada blog di mana penyelia menerangkan secara  ringkas berkenaan blog dan fungsi blog. Peserta juga ditunjukkan contoh-contoh blog sedia ada.
Penyelia
Penolong

9.45 – 10.45 Pagi
Peserta diajar cara-cara mencari gambar dan video di dalam internet.Kemudian diajar cara-cara mengambil gambar denagn menggunakan kamera digital dan kemudiannya memindahkannya ke dalam komputer. Tujuan aktiviti ini untuk memudahkan cara memasukkan gambar ke dalam blog.
Penyelia
Penolong

10.45 -11.15 Pagi
Pendaftaran akaun email yahoo dan pendaftaran akaun blog.
Penyelia
Penolong

11.15 – 12.15 Pagi
-             Peserta diterangkan secara ringkas mengenai fungsi-fungsi ikon-ikon di dalam blog. Para peserta juga diajar cara untuk mengedit dan juga memasukkan maklumat-maklumat penting, gambar dan juga video. Peserta kemudiannya mengaplikasikan apa yang diajar ke dalam blog masing-masing.
Penyelia
Penolong

12.15 – 2.00 Ptg
Rehat dan makan tengahari
Penolong






Tarikh            : 20 /11/2008 (Khamis)
Masa               : 2.00 – 5.00  Ptg
Aktiviti           :  Bengkel Blog (Sesi 2)

Masa
Laporan Perkara/Aktiviti
Tindakan
2.00– 4.00 Ptg
-             Sambungan aplikasi blog. Peserta mempraktikkan apa yang dipelajari semasa sesi pagi (sesi 1) ke dalam blog masing-masing dengan bantuan dan tunjukajar penyelia dan penolong.
Penyelia
Penolong

4.00– 4.30 Ptg
Para peserta mempersembahkan blog masing-masing.
Penyelia
Penolong

4.30 – 5.00 Ptg
Majlis penganugerahan sijil untuk peserta Bengkel Flickr, Bengkel Movie Maker dan Bengkel Blog.
Penyelia
Penolong


Tarikh            : 23 /11/2008 (Ahad)
Masa               : 9.00 – 3.00 Ptg
Aktiviti           :  Hari Terbuka KUS Kupang

Masa
Laporan Perkara/Aktiviti
Tindakan
9.00  – 3.00 Ptg
Pameran produk-produk usahawan tempatan dan barangan ICT oleh ahli KUS Kupang.
Penyelia
Penolong
Pengerusi KUS
Ahli KUS Kupang
9.00  – 12.00 T/hari
Kaunter pendaftaran dan promosi untuk ahli KUS Kupang dan kelas kemasukan untuk sesi 2009.
Timbalan Pengerusi KUS Kupang
2.00 – 2.30 Ptg
Ketibaan tetamu kehormat.
Bacaan doa.
Ucapan alu-aluan Pengerusi KUS – En Ahmad Mokhtar Bin Yaakob.
Pengerusi KUS
Penyelia
Penolong

2.30  -3.00 Ptg
Ucapan dan Perasmian acara penutup Karnival Keusahawanan oleh En.Ishak Bin Mat (Naib Ketua UMNO Bahagian Baling) mewakili Dato’ Abdul Azeez Rahim (Ketua UMNO Baling).
Acara ini dihadiri oleh wakil-wakil agensi kerajaan, wakil-wakil pengerusi kampung, ahli-ahli KUS, usahawan-usahawan berjaya dan bakal-bakal usahawan. Walaupun majlis ini diadakan secara ringkas namun sambutannya amat meriah dan menggalakkan.
En.Ishak Bin Mat (Naib Ketua UMNO Bahagian Baling)








Tarikh            : 23 /11/2008 (Ahad)
Masa               : 3.00 -5.30 Ptg
Aktiviti           :  Sesi Dialog dan Ceramah Keusahawanan Bersama KUS PID Kupang

Masa
Laporan Perkara/Aktiviti
Tindakan
3.00 -3.30 Ptg
Pembentangan oleh Penyelia mengenai Pusat Internet Desa.
Pembentangan mengenai KUS oleh Timbalan Pengerusi KUS PID, En Shaidan Bin Mohd Ali.
Peserta: 40 orang
Penyelia
Penolong
Pengerusi KUS
Timb. Pengerusi KUS
3.30 – 4.00 Ptg
Ceramah keusahawanan oleh En. Mat Nor, Pegawai JASA Daerah Baling.
Peserta: 40 orang
En. Mat Nor, Pegawai JASA Daerah Baling.
4.00 – 5.00 Ptg
Sesi dialog bersama usahawan –usahawan dan bakal-bakal usahawan KUS Kupang. Turut dihadiri oleh usahawan berjaya Kupang En Ramli Abdullah yang merupakan pengusaha stesen minyak yang berjaya di daerah Baling.
Topik yang dibincangkan berkisar mengenai cara-cara membantu usahawan-usahawan baru dan mewujudkan aktiviti-aktiviti perniagaan yang bertujuan menjana ekonomi masyarakat setempat. Melalui sesi dialog ini juga ahli KUS bersetuju untuk melantik En.Ishak Bin Mat (Naib Ketua UMNO Bahagian Baling) sebagai penanung dan penasihat KUS PID Kupang.
Peserta: 40 orang peserta

Penyelia
Penolong
Pengerusi KUS
Timb. Pengerusi KUS
5.00 -5.30 Petang
Jamuan makan sempena meraikan ahli-ahli KUS Kupang.
Penyelia
Penolong
Pengerusi KUS
Timb. Pengerusi KUS




































No comments:

Post a Comment